Mencari Kerja? Ini Tiga Industri Paling Banyak Tawarkan Pekerjaan Di Malaysia – DOSM
Difahamkan, kadar pengangguran di Malaysia hanya 2.9%.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasaran tenaga kerja di Malaysia kekal stabil pada awal tahun 2026 ini dengan kadar pengangguran hanya 2.9%
Data ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di laman rasmi mereka.
Sejak Februari 2026, negara ini telah merekodkan 16.79 juta warga yang bekerja dan angka ini semakin meningkat.
Menurut laporan dari SAYS, terdapat tiga industri yang memerlukan tenaga kerja baru dan sentiasa mencari.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Get Your GuideTiga industri paling banyak memerlukan tenaga kerja
Industri Makanan dan Minuman (F&B)

Industri ini kekal merekodkan jumlah peningkatan pekerjaan dengan kenaikan sebanyak 1.9%.
Bagi industri ini, bukan sahaja bahagian restoran tetapi bahagian pembuatan, pemprosesan dan rantaian bekalan (supply chain) untuk mengekalkan ekosistem ini.
Industri Elektrikal dan Elektronik (E&E)

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita HarianIndustri Elektrikal dan Elektronik di Malaysia adalah yang paling besar dalam menyumbang kepada ekonomi negara.
Jumlah pekerja baharu juga telah meningkat sebanyak 1.5% disokong dengan aktiviti pengeluaran produk komputer dan produk optik.
Perlancongan dan Perkhidmatan

Industri perlancongan telah menjadi salah satu tulang belakang penting untuk menunjukkan kehebatan Malaysia di mata dunia.
Industri ini telah diterajui dengan inisiatif Visit Malaysia yang telah dibuat setelah bertahun-tahun. Sektor ini telah memberikan banyak pekerja untuk bidang perniagaan, pengangkutan dan servis.
Perspektif pasaran pekerjaan di Malaysia
Mengikut perspektif, Malaysia mempunyai lebih kurang 17.3 juta orang yang bekerja di mana 75% adalah pekerja yang bekerja di bawah majikan dan 18.7% pekerja sendiri termasuk peniaga kecil dan lain-lain.
Walaupun beberapa minggu ini kita telah mendapat berita ramai orang diberhentikan kerja, tetapi secara menyeluruh tidak terlalu memberi impak yang tinggi buat Malaysia.
Jika anda mahu mencari pekerjaan, cari tiga industri ini iaitu F&B, E&E dan perlancongan serta perkhidmatan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 