Menangis Terima RM40K, Azar Azmi Tergamam Dibantu Aliff Syukri Dalam Live TikTok

Rezeki yang tak disangka-sangka. Semoga Azar kembali kuat demi anak-anak.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Media Hiburan
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon Azar Azmi tidak dapat menahan sebak apabila menerima bantuan wang tunai puluhan ribu ringgit daripada usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri dalam satu siaran langsung TikTok baru-baru ini

Dalam sesi tersebut, Datuk Aliff tampil membantu Azar yang dikatakan sedang melalui fasa kesempitan hidup, sekali gus meraih perhatian ramai netizen yang turut sama menyumbang melalui pembelian produk.

"Saya bantu seorang wanita yang kesempitan hidup hari ini. Dia datang pada saya, minta kerja sebagai tukang packing barang dengan gaji RM1,700.

"Tapi hari ini saya bantu dia, rakyat Malaysia sayang dia. Ini bukan duit saya tetapi milik rakyat Malaysia,"
katanya.

Selain bantuan kewangan, beliau turut membuka peluang pekerjaan kepada Azar di syarikatnya sebagai langkah membantu pelakon itu bangkit semula

"Hari ini, saya ajak seorang wanita yang dahulunya terkenal bertemu, dia tak pernah dan tiada niat minta duit daripada saya. Mungkin selepas ini saya akan ambil dia bekerja sebagai kerani atau pembungkus barang di syarikat saya dengan gaji berjumlah RM2,000," katanya lagi.

Menurut beliau, sokongan rakyat Malaysia memainkan peranan besar dalam menjayakan usaha tersebut.

"Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin. Kali ini kalian membeli sambil beramal. Selepas ini insya-Allah saya akan bantu pelakon Norish Karman yang katanya sedang sakit," katanya lagi.

Sementara itu, Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah Azmi dilihat benar-benar terharu dengan jumlah sumbangan yang diterimanya.

"Duit ini saya nak beli barangan keperluan anak-anak. Saya segan dan tak tahu nak cakap apa dan tidak tahu sudah berapa lama tiada duit.

"Saya terima apa sahaja tawaran kerja yang datuk berikan. Jumlah duit hari ini sebenarnya terlalu banyak.

"Sejujurnya saya terhutang budi dan semua yang datuk lakukan melebihi dari yang sepatutnya,"
katanya.

Difahamkan, Azar kini tidak mempunyai akaun bank dan juga akaun media sosial susulan kes dakwaan penipuan yang pernah mengaitkan namanya sebelum ini.

Terdahulu, pelakon drama Nur 2 itu bersama suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri, pernah direman dan didakwa di mahkamah atas kes sama. Namun, Azar telah dibebaskan dan akan menjadi saksi pendakwaan.

Dalam prosiding Mac lalu, suaminya mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam dan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Kes tersebut melibatkan dakwaan menipu seorang lelaki berusia 56 tahun sehingga menyebabkan mangsa membuat pembayaran berjumlah RM270,811 ke dalam akaun bank milik seorang penama wanita.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik