Menang RM800,000 Di Genting Highlands, Wanita Dari Singapura Pening Fikir Cara Nak Bawa Pulang

Sherylynn Kok menceritakan detik tersebut berlaku pada April lalu ketika dia bercuti hujung minggu bersama teman lelaki dan keluarganya.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita warga Singapura berusia 28 tahun berkongsi pengalaman getir yang dilaluinya selepas memenangi wang tunai RM800,000 di Genting Highlands

Bercakap kepada The Straits Times, Sherylynn Kok menceritakan detik tersebut berlaku pada April lalu ketika dia bercuti hujung minggu bersama teman lelaki dan keluarganya.

Katanya, sebelum itu dia berada dalam situasi kalah berturut-turut sebelum mengambil keputusan menukar mesin slot lain untuk terus bermain.

Tidak sampai lima minit, Sherylynn berjaya mencetuskan satu permainan khas yang menawarkan empat peringkat jackpot dengan setiap satunya dengan nilai hadiah lebih tinggi tetapi peluang kemenangan semakin tipis.

Saat butang ditekan, muncul satu mesej kecil di bahagian bawah skrin yang mengumumkan bahawa dia memenangi hadiah utama bernilai RM800,000.

SAYS.com

Cik Sherylynn Kok memenangi RM800,000 (SGD244,000) di sebuah mesin slot di kasino Genting Highlands pada bulan April.

Image via The Straits Times/ GIN TAY

Tidak lama selepas itu, sekumpulan kakitangan kasino bersama pengawal keselamatan menghampiri Sherylynn untuk mengesahkan kemenangannya

Selepas disahkan, dia dibawa ke kaunter pembayaran, di mana hadiah tersebut diserahkan dalam sebuah beg berisi lapan ikatan wang tunai RM100,000 setiap satu yang digambarkannya sebagai "terlalu berat untuk dibawa".

Pengawal keselamatan kemudian mengiringinya pulang ke bilik hotel. Namun cabaran sebenar bermula keesokan pagi apabila dia berdepan kesukaran membawa wang tersebut pulang ke Singapura.

Bercakap kepada SAYS, pihak Genting Group menjelaskan bahawa mereka pada awalnya menawarkan tetamu berkenaan sehelai cek sebagai hadiah kemenangan.

Aatas cadangan rakannya, dia memilih untuk mengeluarkan wang tunai kerana dipercayai kadar tukaran mata wang lebih menguntungkan.

Namun, cabaran sebenar bermula sebaik tiba di lapangan terbang apabila Kok mendapati membawa keluar wang tunai dalam jumlah besar dari Malaysia memerlukan kelulusan terlebih dahulu daripada Bank Negara.

Lebih merumitkan keadaan, ia berlaku pada hujung minggu di mana bank tidak beroperasi dan sebarang pemindahan wang tidak dapat dilakukan.

Akibatnya, ibu bapa Sherylynn pulang lebih awal ke Singapura, sementara dia dan teman lelakinya terpaksa tinggal lebih lama bagi mencari jalan penyelesaian.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Trip Advisor

Keesokan harinya, Kok membuka akaun bank di OCBC yang menawarkan akses dwi-mata wang, membolehkannya menukar antara ringgit dan dolar Singapura dengan mudah

Menggelarkan dirinya sebagai seorang penjudi berdisiplin, Kok berkata dia sentiasa menetapkan had kerugian sebelum mula bermain.

"Saya berjudi bukan sebab mahu cari duit, tapi kadang-kadang bila hujung minggu tiada apa nak buat, saya main saja untuk isi masa," katanya kepada The Straits Times.

Selepas kemenangan besar itu, ada rakan yang mencadangkan dia melabur, namun Kok lebih selesa menyimpan wang tersebut di bank kerana tidak begitu arif dengan produk kewangan yang kompleks.

Bagi mengelakkan perbelanjaan impulsif, dia berhasrat mengekalkan gaya hidup seperti biasa. Kok berkata wang tersebut memberi ruang untuk dia memperlahankan kerjaya tanpa perlu terlalu mengejar tekanan kerja.

Namun, dia menegaskan jumlah SGD244,000 (RM800,000) itu bukanlah 'tiket' untuknya bersara awal.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik