“Memori Luar Biasa” – Budak 6 Tahun Catat Nama Dalam Malaysia Book Of Records

Menakjubkan!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka, pada usia seawal enam tahun, seorang kanak-kanak lelaki bernama D. Devakshean berjaya mencipta sejarah tersendiri

Ia selepas kanak-kanak itu menunjukkan kebolehan luar biasa mengenal pasti 65 mata wang asing dari pelbagai negara, kesemuanya dalam tempoh hanya satu minit.

Atas pencapaian mengagumkan itu, namanya secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) dalam kategori "Mata Wang Asing Terbanyak Dikenal Pasti oleh Seorang Kanak-Kanak dalam Satu Minit."

Kejayaan ini bukan sahaja menyerlahkan bakat dan keupayaan luar biasa Devakshean, malah menjadi inspirasi buat ramai kanak-kanak lain untuk terus mengejar potensi diri dalam pelbagai bidang.

SAYS.com

Devakshean bergambar bersama sijil pengiktirafan diterimanya.

Image via Harian Metro

Tunjuk minat terhadap bendera negara sejak berusia setahun 

Menerusi laporan Bernama, Ibunya G. Devamalar, 37, yang berasal dari Negeri Sembilan berkata Devakshean mula menunjukkan minat terhadap bendera negara sejak berusia setahun apabila dia boleh mengenal pasti dan menyebut bendera Malaysia dengan tepat.

"Sejak kecil memang nampak kebolehan luar biasanya. Bila tunjuk gambar atau bendera, dia cepat ingat.

"Jadi, daripada situ kami mula latihnya dan pada usia dua tahun dia mencipta rekod dengan mengenal pasti lebih 200 negara dan bandar.

"Daya ingatannya memang luar biasa, apa sahaja kami tunjuk dia boleh ingat tidak hanya bendera dan nilai mata wang asing tetapi banyak lagi, dia boleh tangkap dengan cepat," katanya.

SAYS.com
Image via Utusan MalaysiaImage via

Sementara itu, suaminya, A. Devakumaran, 41 memberitahu mereka sentiasa menyokong segala perkembangan dan minat anak tunggalnya itu selain menyatakan mengambil masa sebulan sebagai persediaan melatih Devakshean sebelum memohon untuk MBR pada tahun ini.

Anak saya suka tengok YouTube. Jadi, kami muat naik bahan-bahan seperti senarai mata wang asing dan sebagainya ke YouTube dan dia belajar sendiri melalui platform itu. 

"Dia jarang bermain, dia suka baca buku dan belajar sendiri itu memang tabiatnya, kami tak pernah paksa, itu memang minat dia," katanya.

Devamalar turut berharap pencapaian luar biasa anaknya itu dapat membuka lebih banyak peluang lain termasuk menyertai Guinness World Records selain melihat potensi lain yang boleh dikembangkan pada masa akan datang.

"Sekarang ini orang ramai belum kenal dia. Saya harap melalui hebahan media ini, lebih ramai tahu tentang dia dan dia dapat peluang ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Devakshean yang dilahirkan pada 10 September 2019 berkata dia sangat menyukai bendera Malaysia dan subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains selain bercita-cita menjadi seorang anggota bomba.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: