Membesar Tanpa Ibu, Monyet Panchi-kun Bawa Patung Ke Mana-Mana Undang Sebak Netizen

Alahai sedih pula tengok Panchi-kun, mesti rindu ibu dia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seekor monyet kecil dari Ichikawa City Zoo, Jepun kini menjadi perhatian ramai selepas kisahnya tular di media sosial dan mengundang sebak dalam kalangan netizen

Dikenali sebagai Panchi-kun, ia difahamkan ditinggalkan oleh ibunya sejak kecil sebelum dibesarkan oleh penjaga zoo.

Akibat membesar tanpa kasih sayang ibu kandung serta persekitaran semula jadi, Panchi-kun berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri apabila diperkenalkan kepada kumpulan monyet lain di kawasan 'monkey mountain'.

SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads

Penjaga zoo beri anak patung monyet untuk teman Panchi-kun

Menurut perkongsian yang tular, Panchi-kun kelihatan sukar bergaul dalam kumpulan monyet tersebut. Risau dengan keadaannya, penjaga zoo kemudian memberikan seekor anak patung sebagai teman untuk menenangkannya.

Apa yang membuatkan ramai tersentuh hati adalah apabila Panchi-kun dilihat sentiasa memeluk dan membawa anak patung itu ke mana-mana.

Ia eakan-akan menganggap patung tersebut sebagai pengganti ibunya, satu-satunya 'teman' membuatkan dirinya berasa selamat.

SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati melihat kebergantungan Panchi-kun terhadap patung berkenaan.

Ada yang mengakui tidak sanggup melihat video tersebut kerana terlalu menyayat hati, malah ada juga yang berseloroh mahu membelanya sendiri.

Walaupun kisahnya menyedihkan, ramai berharap Panchi-kun akan perlahan-lahan menyesuaikan diri dan menemui tempatnya dalam kumpulan tersebut. Apa pun, gelagatnya yang manja dan comel itu nyata mencuri hati ramai di seluruh dunia.

Lihat perkongsian Threads di bawah:

View on Threads
View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via