Melaka Tawar Kemasukan Percuma Untuk Tarikan Pelancong Bagi Pengunjung Yang Pakai Kebaya Nyonya Mulai 2026
Wahhh, mesti meriah nanti ramai-ramai pakai kebaya nyonya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mulai tahun 2026, pelancong yang memakai kebaya Nyonya bakal menikmati kemasukan percuma ke beberapa tarikan pelancongan utama di Melaka termasuk Zoo Melaka dan Melaka River Cruise
Menurut laporan The Star, inisiatif unik itu diumumkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sebagai usaha kerajaan negeri untuk menghargai serta memelihara warisan Peranakan yang menjadi sebahagian penting identiti negeri bersejarah berkenaan.
"Melaka ini unik. Keputusan memberi kemasukan percuma ini dibuat bagi menghormati sejarah panjang dan warisan kaya masyarakat Peranakan Cina dan Chetti di negeri ini," katanya ketika menghadiri sambutan Deepavali di Ujong Pasir pada 22 Oktober.

Selain meraikan warisan tempatan, langkah tersebut juga selaras dengan strategi pelancongan negeri yang mahu menonjolkan identiti pelbagai budaya serta menggalakkan pelancong merasai sendiri tradisi masyarakat tempatan
"Warisan kita bukan sekadar untuk dipelihara, tapi untuk terus dihidupkan dan dikongsi dengan dunia. Dengan meraikan budaya melalui pelancongan, kita pastikan setiap komuniti terus berkembang," tambahnya.
Datuk Seri Ab Rauf turut menegaskan komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan pelancongan yang mampan dan inklusif, dengan kerjasama berterusan antara pihak kerajaan, komuniti tempatan dan sektor swasta bagi memperkukuh industri pelancongan serta membuka lebih banyak peluang kepada penduduk Melaka.


Cover image via 