Melaka Catat Rekod Antara Negeri Paling Ramai Orang Dewasa Berbadan Debab Di Malaysia
Hampir 63 peratus rakyat dewasa negeri ini mempunyai masalah berat badan melebihi paras normal.
Cover image via Harian Metro (Gambar sekadar hiasan)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tahukah anda, Melaka tersenarai antara negeri tertinggi mencatatkan kadar obesiti dalam kalangan penduduk dewasa di Malaysia
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 menunjukkan 34.7 peratus penduduk dewasa di Melaka mengalami berat badan berlebihan, mengatasi purata kebangsaan.
Katanya, sebanyak 28.2 peratus penduduk pula tergolong dalam kategori obesiti.
Ini bermakna hampir 63 peratus rakyat dewasa negeri Melaka mempunyai masalah berat badan melebihi paras normal, jauh lebih tinggi berbanding purata kebangsaan ketika itu iaitu 30.4 peratus bagi berlebihan berat badan dan 19.7 peratus obesiti.
"Golongan berumur antara 30 hingga 49 tahun mencatatkan kadar tertinggi dengan lebih 60 peratus mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti," katanya ketika ditemui Kosmo! selepas program Walkabout Premis Bebas Asap bersama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di Plaza Mahkota, Bandar Hilir baru-baru ini.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem
Image via MalaysiaGazetteGolongan remaja dan belia berusia antara 18 hingga 29 tahun turut menunjukkan peningkatan berat badan susulan gaya hidup dan pemakanan tidak sihat
Mengulas lanjut Hee Sem berkata, kadar sebenar obesiti di Melaka bagaimanapun dijangka lebih tinggi iaitu antara dua hingga lima peratus berbanding statistik NHMS.
Katanya lagi, peningkatan kadar itu mungkin berkait rapat dengan gaya hidup seharian dan faktor amalan makanan tidak sihat.
"Sebab itu kita turut mengadakan kempen kurangkan gula dalam makanan atau lebih baik langsung tidak mengambil gula putih dalam minuman seharian.
"Kita bimbang, masalah berat badan berlebihan jika tidak dikawal boleh menjadi obesiti sehingga menyebabkan pelbagai penyakit seperti jantung, strok, tekanan darah tinggi, dan kencing manis," ujarnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



