MCMC Sekat Grindr & Blued, Kaji Langkah Perundangan Aplikasi Janji Temu Hubungan ‘Tidak Bermoral’

Setakat ini SKMM belum menerima sebarang permintaan mengeluarkan Grindr, Blued dan Growlr daripada gedung aplikasi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via New Straits Times
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, hari ini mengesahkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil tindakan tegas dengan menyekat akses ke beberapa laman web aplikasi janji temu, termasuk platform Grindr dan Blued

Memetik laporan New Straits Times, Datuk Fahmi Fadzil turut menjelaskan bahawa walaupun akses melalui laman web telah disekat, MCMC setakat ini belum menerima atau mengemukakan sebarang permintaan untuk mengeluarkan aplikasi berkenaan daripada gedung aplikasi seperti Google Play Store mahupun Apple App Store.

"Walau bagaimanapun, MCMC kini sedang memperincikan beberapa langkah perundangan bagi menyekat aplikasi-aplikasi ini," kata beliau dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Kenyataan ini dibuat bagi menjawab soalan daripada Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) yang ingin tahu sama ada pihak kementerian telah bekerjasama dengan penyedia gedung aplikasi seperti Google Play Store dan Apple App Store untuk menyekat muat turun aplikasi yang mempromosikan hubungan sejenis seperti Grindr, Blued, dan Growlr.

MCMC akan mengambil tindakan tegas jika aplikasi disalah guna untuk kandungan terlarang atau aktiviti haram

Fahmi menambah bahawa kawalan ke atas aplikasi pada platform seperti Google Play dan Apple Store adalah tertakluk kepada polisi serta peraturan yang ditetapkan oleh penyedia platform berkenaan, yang merupakan syarikat asing berpangkalan di luar Malaysia.

"Walau bagaimanapun, kementerian melalui MCMC komited untuk melaksanakan pemantauan proaktif bagi memastikan persekitaran dalam talian di negara ini bebas daripada kandungan yang melanggar undang-undang, termasuk kandungan yang memudaratkan.

"MCMC mengambil tindakan terhadap mana-mana kandungan atau fungsi aplikasi yang melanggar undang-undang tempatan, termasuk perkara seperti pengedaran kandungan lucah atau tidak bermoral, eksploitasi atau penyalahgunaan, penipuan, penderaan kanak-kanak, atau ancaman terhadap keselamatan awam," katanya.

SAYS.com
Image via Utusan Malaysia

Beliau menambah bahawa sekiranya mana-mana aplikasi, termasuk aplikasi janji temu, didapati digunakan untuk menyebarkan kandungan terlarang atau terlibat dalam aktiviti haram, MCMC akan mengambil tindakan sewajarnya.

Langkah ini termasuklah mengemukakan permohonan penyingkiran kandungan kepada platform atau gedung aplikasi berkaitan, meminta sekatan akses terhadap kandungan atau perkhidmatan tersebut, serta memanjangkan maklumat kepada agensi penguatkuasa seperti pihak polis.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: