MCMC Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Ke Atas X, Grok Kini Disekat Sementara Waktu
Kes ini berikutan penggunaan Grok untuk menjana kandungan lucah dan tidak senonoh.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini dalam pertimbangan untuk menyaman X
Hal ini diajukan selepas kegagalan Grok iaitu aplikasi kecedasan buatan (AI) dalam pelantar X yang tidak mematuhi undang-undang Malaysia.
Menurut laporan dari Bernama, langkah ini telah dipertimbangkan berikutan maklum balas yang diterima MCMC daripada pihak X tidak memadai dan hanya mengikut tatacara sahaja.
"MCMC telah menghubungi pihak X minggu lepas bagi mendapatkan penjelasan mengenai aplikasi Grok yang boleh menghasilkan kandungan tidak senonoh, terutama melibatkan kanak-kanak dan wanita, yang jelas melanggar undang-udang negara," ujar Datuk Fahmi Fadzil Menteri Komunikasi.
Maklum balas yang diterima sangat tidak memadai
"Maklum balas yang diterima sangat tidak memadai. Jadi selepas saya menerima laporan daripada MCMC, saya telah mengarahkan supaya sekatan sementara dikenakan terhadap Grok dan tindakan undang-undang turut dipertimbangkan." tambah beliau lagi.
Beliau telah berkata demikian kepada media ketika menghadiri MajlisPenyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) hari ini.

Menurut beliau lagi, sekatan ini hanyalah terhadap Grok dan bukan pelantar X secara keseluruhan.
Tumpuan hanya diberi kepada Grok yang didapati tidak mempunyai langkah keselamatan yang cukup untuk mengawal penjanaan kandungan AI.
"Berapa lama Grok akan disekat, itu tidak dapat dipastikan. Syaratnya jeas, mereka mesti patuh dan akur dengan undang-undang negara kita," kata Datuk Fahmi Fadzil Menteri Komunikasi.
Tambahan lagi, beliau juga mengatakan isu ini melibatkan pelanggaran Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Keselamatan Dalam Talian.
Malaysia bukan satu-satunya negara yang akan mengambil tindakan tegas terhadap Grok dan beberapa negara lain termasuk Indonesia juga telah menyekat Grok dan United Kingdom juga sedan meneliti isu yang sama.
Fahmi Fadzil mengatakan Internet di Malaysia mestilah lebih selamat, khususnya untuk kanak-kanak dan keluarga.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 