MCMC Ambil Tindakan Sivil Terhadap Telegram & Saluran Edisi Siasat Kerana Langgar Akta 588

Platform terbabit didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Komunikasi memaklumkan bahawa tindakan undang-undang sivil telah diambil terhadap platform media sosial Telegram, termasuk pentadbir saluran Edisi Siasat dan Edisi Khas

Ia susulan penyiaran kandungan yang didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Menerusi laporan Buletin TV3,  Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, buat masa ini satu perintah sementara dikeluarkan oleh mahkamah membawa kepada penurunan kandungan dinyatakan dalam tindakan undang-undang yang difailkan dan penutupan saluran itu.

"Pada masa ini, tindakan undang-undang yang difailkan terhadap Telegram serta pentadbir saluran Edisi Siasat dan Edisi Khas masih dalam pertimbangan mahkamah," katanya.

SAYS.com

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Image via Buletin TV3

Rakyat bebas pamerkan kandungan selagi tak melanggar undang-undang

Menjawab pertanyaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN–Masjid Tanah) berhubung jaminan kerajaan agar tindakan terhadap saluran Telegram seperti Edisi Siasat dan Edisi Khas tidak menjejaskan kebebasan bersuara terutamanya melibatkan kandungan berkaitan ketelusan dan antirasuah.

Fahmi Fadzil turut menjelaskan bahawa rakyat secara umumnya bebas berkongsi kandungan di mana-mana platform media sosial, termasuk isu-isu seperti integriti dan usaha membanteras rasuah.

SAYS.com

Telegram Edisi Siasat.

Image via Malay Mail

"Ia selagi mana kandungan tersebut serta pemaparannya tidak melanggar peruntukan undang-undang.

"Begitu juga dengan platform media sosial, di mana kandungan boleh dipaparkan di platform yang disediakan, tetapi platform tersebut perlu bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kandungan yang dipaparkan tidak melanggar peruntukan undang-undang," katanya.

Tambah beliau, kerajaan kekal komited bagi memastikan ruang digital negara kekal selamat, beretika dan selari dengan undang-undang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: