Mayat Wanita Dikerat Tujuh, Suspek Akui Bunuh Sebab Bergaduh & Tuntutan Wang Bertunang
Difahamkan,dua suspek kini telah ditangkap untuk membantu siasatan.
Cover image via NSTP/Mohn Adam ArininFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Semalam Malaysia dikejutkan dengan satu kes pembunuhan kejam seorang wanita yang mayatnya dikerat tujuh bahagian kemudiannya dibuang
Kejadian berlaku di lokasi Indah Permai, Kota Kinabalu, Sabah semalam yang telah dijumpai pada 11:40 pagi di satu tempat pembuangan sampah berhampiran sebuah pasar raya.
Menurut laporan daripada Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, suspek utama kes yang lelaki tempatan berusia 71 tahun membuat pengakuan itu setelah hasil soal siasat.

Pembunuhan itu berkait konflik hubungan peribadi dengan mangsa
"Suspek mendakwa pembunuhan itu berkait konflik hubungan peribadi antara dia dan mangsa, termasuk isu tuntutan wang pertunangan selepas pertunangan mereka dipercayai putus kerana mangsa sudah berkahwin dengan individu lain." katanya.
Keadaan itu dipercayai selepas pertengkaran antara suspek dan mangsa sehingga membawa kepada kejadian tersebut.
Tambahan beliau lagi, maklumat dari saksi mendapati mangsa dilihat berlari keluar dari sebuah rumah dalam keadaan cemas sebelum ditarik masuk semula oleh seorang lelaki.
Dalam operasi tersebut, seorang lagi lelaki tempatan berusia 19 tahun juga turut ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian ini.

Polis juga turut merampan beberapa barangan termasuk telefon bimbit, pakaian dipercaya dipakai semasa kejadian serta sebuah kenderaan jenis Nissan X-Trail berwarna keemasan untuk siasatan forensik.
Kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



