Maut Dilanggar Pemandu Mabuk, Kerajaan Pertimbang Bekukan Lesen Jual Arak
Tindakan yang wajar!
Cover image via Wallpaperbetter & malaysiakiniKekerapan kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk yang berlaku sejak kebelakangan ini mendapat perhatian orang ramai termasuklah pihak kerajaan
Hari ini 1 Jun 2020, seorang lelaki berusia 44 tahun telah maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki yang disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara kira-kira jam 1:30 pagi tadi.
Baca laporan penuh di sini.
Memetik laporan, Kementerian Wilayah Persekutuan pertimbang untuk membekukan semua aktiviti membabitkan pengeluaran dan penjualan arak
Menurut menterinya, Annuar Musa, tindakan pembekuan itu adalah wajar sehingga satu garis panduan diwujudkan dan semakan perundangan dilakukan.
"Dengan berlakunya kejadian pemandu mabuk dan menyebabkan kemalangan, adalah wajar pengeluaran lesen baru menjual arak dibekukan sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.
"Lesen premis pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu diperketatkan," ujarnya.


