Mat Salleh Puji Nasi Kerabu Sedap Lepas Pertama Kali Cuba Makan, Siap Cakap ‘Sedap Do’oh’!
Nasi kerabu memang sedap!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia memang terkenal dengan kepelbagaian budaya dan makanan yang memikat selera sesiapa sahaja
Setiap negeri ada juadah istimewa dan kali ini seorang lelaki dari Australia pula terpikat dengan hidangan tradisi Pantai Timur iaitu nasi kerabu.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Justyn Ali di TikTok, ia memaparkan reaksinya mencuba nasi kerabu buat pertama kali.

Justyn yang fasih berbahasa Melayu terus mencuba nasi kerabu yang lengkap dengan ayam madu, sambal, budu, telur dan ulam
Apa yang membuatkan dia lebih teruja, sebaik saja suapan pertama, Justyn terus mengangkat tanda isyarat sedap sambil memuji makanan Pantai Timur itu.
"Sedap, sedap do'oh! Saya suka sangat. Ayam ni sedap. Isteri saya cakap gaul macam ni lagi sedap," katanya.

Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

MOST READ


