Mat Sabu Agih & Promosi Buah Avokado Tempatan Di Parlimen, Ajak Rakyat Sokong Hasil Tani Malaysia

Terbaik Bang Mat!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Mohamad Sabu (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mencuri tumpuan apabila mengedarkan avokado tempatan kepada Ahli Parlimen, kakitangan, dan media pada Selasa, 29 Julai

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut memperagakan sebiji avokado bersaiz besar kepada pihak media sambil menggalakkan orang ramai untuk menyokong buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan.

Turut kelihatan dalam sesi foto ialah Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong, masing-masing memegang buah avokado yang kelihatan segar dan menyelerakan.

"Alhamdulillah, petang ini Bang Mat sempat bersama Ahli-Ahli Parlimen dan petugas media dalam sesi pengagihan buah avokado tempatan di Pusat Media dan MP Lounge, Bangunan Parlimen Malaysia,"
katanya.

SAYS.com
Image via Mohamad Sabu (Facebook)
SAYS.com
Image via Mohamad Sabu (Facebook)

Avokado yang diagihkan adalah hasil titik peluh anak tempatan dari Borneocado

Mohamad Sabu berkata pengedaran itu adalah sebahagian daripada Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan bagi memupuk tabiat pemakanan sihat dan menyokong pengusaha tani tempatan.

"Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan, satu usaha yang bukan sahaja menggalakkan pemakanan sihat, malah turut menyokong para petani dan pengusaha tempatan.

"Kualitinya memang terbaik, setanding dengan buah import. Ini bukti bahawa tanah kita subur, petani kita pun hebat! Teruskan sokongan anda kepada buah-buahan tempatan. Makan sihat, sokong petani kita!" katanya.

Lihat posting penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: