Masjid TNB Sediakan Sudut ‘Lost & Found’, Banyak Barang Jemaah Tertinggal
Pihak Masjid TNB membantu mengesan pemilik barangan yang tertinggal di kawasan masjid.
Cover image via @afifahcmh (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sekarang ini, kes orang tercicir atau tertinggal barang semakin kerap berlaku, lebih-lebih lagi di tempat awam seperti masjid dan surau
Ketika ramai jemaah hadir untuk solat berjemaah atau menghadiri program keagamaan, tidak mustahil ada yang terlupa membawa pulang barangan peribadi mereka.
Disebabkan itu, sesetengah masjid mengambil inisiatif menyediakan ruang khas bagi menempatkan barangan yang ditemui supaya pemiliknya boleh datang menuntut semula.
Langkah ini bukan sahaja memudahkan proses mencari pemilik, malah membantu mengelakkan barangan tersebut hilang begitu sahaja.

Bantu kesan pemilik barangan yang tertinggal di kawasan masjid berkenaan
Baru-baru ini, seorang individu berkongsi mengenai inisiatif yang disediakan oleh pihak Masjid TNB bagi membantu mengesan pemilik barangan yang tertinggal di kawasan masjid berkenaan.
Menerusi perkongsian di akaun Threads @afifahcmh, individu tersebut memaparkan sudut khas 'Lost & Found' yang disediakan untuk menempatkan pelbagai barangan yang ditemui di sekitar masjid.
"Sape-sape yang hilang atau tercicir barang di Masjid TNB, boleh lah pergi collect," tulisnya dalam hantaran tersebut.
Apa yang menarik perhatian ramai ialah cara barangan tersebut dipamerkan dengan kemas di satu sudut khas, menjadikannya mudah dilihat oleh orang ramai.
"Cantik nau tempat display pun, macam pulak bermacam-macam collection ada," tulisnya lagi secara berseloroh.

Menurut perkongsian itu, terdapat pelbagai jenis barangan yang ditinggalkan oleh pengunjung, antaranya botol susu bayi, kunci motosikal, kunci hostel, kad Touch 'n Go, kad bank dan juga sekeping gambar Polaroid yang memaparkan tiga wanita.
"Botol susu anak siapa tu pi tinggal… pi ambil cepat! Kunci motor ada, kunci hostel, kad TNG, kad bank, gambar Polaroid tiga ladies pun ada," tulisnya lagi.
Perkongsian tersebut kemudian menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-ratanya memuji usaha pihak masjid menyediakan sudut khas untuk memudahkan orang ramai menuntut semula barangan mereka yang hilang.
Inisiatif seperti ini dilihat bukan sahaja membantu menjaga amanah terhadap barangan yang ditemui, malah mencerminkan sikap prihatin komuniti dalam memastikan setiap barang yang tertinggal dapat dipulangkan kepada pemilik asalnya.
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



