Masjid Seksyen 7 Di Shah Alam Sediakan Vending Machine ‘Free Meals’ Buat Asnaf
Briyani, bukhara dan spaghetti antara menu dalam vending machine percuma di masjid tersebut.
Cover image via @masjidseksyen7 (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Prihatin dengan nasib golongan kurang berkemampuan, sebuah masjid di Shah Alam tampil dengan inisiatif unik apabila menyediakan vending machine makanan percuma khas untuk asnaf dan pelajar yang memerlukan
Menerusi perkongsian pihak Masjid Shah Alam Seksyen 7 di laman Threads, mesin layan diri itu dikatakan sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia, sekali gus mencuri perhatian ramai.
Menurut pihak masjid, inisiatif tersebut diwujudkan bagi memudahkan golongan sasaran mendapatkan makanan dengan lebih teratur.

"Kami menyediakan Vending Machine makanan percuma pertama di Malaysia, khas untuk asnaf & pelajar yang memerlukan. Lebih istimewa, ia lengkap dengan stesen pemanas (microwave) supaya penerima boleh terus menikmati makanan yang panas dan segar. Kecil usaha kami, besar harapan untuk membantu," katanya.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, terdapat lima pilihan makanan yang disediakan iaitu nasi briyani ayam, nasi bukhara daging, nasi tumis daging hitam, nasi bawang putih bersama daging lembu bulgogi Korea serta spaghetti bolognese


Apa yang lebih menarik, makanan tersebut boleh diambil dengan hanya memasukkan nombor pin khas yang diperoleh terlebih dahulu daripada AJK masjid.
Langkah itu dilihat mampu memastikan bantuan diagihkan secara tersusun kepada mereka yang benar-benar layak.
Rata-rata warganet memuji usaha berkenaan dan menyifatkannya sebagai pendekatan moden serta praktikal dalam membantu komuniti setempat, khususnya golongan asnaf dan pelajar yang berdepan kekangan kewangan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



