Masjid Putra Dikecam Ramai Kotor, Pengurusan Tampil Mohon Maaf & Umum Tindakan Segera
Pihak masjid mengakui kekurangan yang berlaku serta memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, beberapa imej tular memaparkan keadaan tandas dan tempat wuduk di Masjid Putra yang didakwa kotor serta tidak diselenggara dengan baik
Perkara itu mencetuskan rasa kecewa dalam kalangan netizen, apatah lagi Masjid Putra terkenal sebagai antara lokasi pelancongan dan ibadah utama di Putrajaya.
Ramai meluahkan rasa terkilan kerana di sebalik keindahan seni bina kubah merah jambu yang memukau, ruang penyucian diri jemaah pula tidak berada pada tahap sepatutnya.
Hakikatnya dalam Islam, kebersihan bukan sekadar imej luaran. Ia merupakan tuntutan asas yang berkait rapat dengan kesucian ibadah.

Gambar sekadar hiasan.
Image via eCentralSusulan isu tersebut, pihak pengurusan Masjid Putra tampil memberi respon pantas
Dalam satu kenyataan rasmi di Facebook, mereka mengakui kekurangan yang berlaku serta memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai.
Pada masa sama, mereka turut menghargai keprihatinan masyarakat yang menegur demi penambahbaikan fasiliti masjid.
Bagi menangani isu tersebut secara menyeluruh, lima inisiatif telah diumumkan.



Antaranya termasuk penyelenggaraan berkala yang dipertingkatkan memandangkan usia bangunan yang hampir mencecah 30 tahun. Selain itu, kerja deep cleaning turut dilakukan segera di kawasan terjejas bagi memastikan kebersihan dipulihkan.
Pemantauan harian juga diperketatkan dengan penugasan khas petugas kebersihan di semua tandas dan tempat wuduk. Dalam masa sama, program gotong-royong mega melibatkan kakitangan serta sukarelawan akan dilaksanakan secara berkala.
Sebagai langkah jangka panjang, kerja naik taraf menyeluruh di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) telah diluluskan dan dijangka bermula pada tahun 2027.
Lihat hantaran penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 