Masjid Di Putrajaya Anjur Iftar Ajak Non-Muslim Untuk Hayati Keindahan Ramadan 28 Februari Ini
Ia dijadualkan berlangsung pada 28 Februari 2026 bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Suasana berbuka puasa di perkarangan masjid sering kali menghadirkan getaran jiwa yang cukup istimewa, di mana setiap individu berkumpul tanpa mengira latar belakang demi mengejar keberkatan Ramadan
Malah, ada yang lebih gemar berbuka puasa di masjid kerana bukan sahaja dapat merasai kenikmatan hidangan yang disediakan secara berjemaah, tetapi juga berpeluang untuk mendalami erti persaudaraan dan kesyukuran dalam suasana yang penuh ketenangan.
Selain itu, tradisi berbuka di sini memudahkan urusan ibadah kerana mereka dapat terus menunaikan solat Maghrib secara berjemaah sebaik sahaja selesai menjamah juadah, sekali gus menyemarakkan lagi pengisian rohani di sepanjang bulan yang mulia ini.

Ajak peluang bagi orang bukan Islam untuk turut serta iftar di sana
Dalam usaha memperkukuh semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin baru-baru ini mengambil inisiatif murni dengan menganjurkan majlis iftar yang turut melibatkan penyertaan komuniti bukan Islam.
Program ini bertujuan memberi peluang kepada masyarakat pelbagai latar belakang untuk merasai sendiri pengalaman berbuka puasa di samping mendalami nilai kerohanian serta keindahan yang terkandung dalam bulan Ramadan.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi mereka, pihak masjid mempelawa orang ramai yang mungkin pertama kali ingin menjejakkan kaki ke rumah ibadat tersebut atau ingin merasai suasana berpuasa menerusi jemputan khas yang dijadualkan berlangsung pada 28 Februari 2026.
Program yang bertemakan pengenalan kepada keindahan dan ketenangan Ramadan ini bakal diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, bagi meraikan kepelbagaian masyarakat di negara ini.
Pengisian majlis tersebut dirangka dengan pengisian yang bermakna, bermula dengan sesi lawatan masjid berpandu serta taklimat ringkas mengenai tradisi Islam dan kepentingan ibadah puasa kepada para peserta.
Kemuncak acara adalah majlis berbuka puasa atau iftar bersama komuniti setempat yang diikuti dengan lawatan masjid pada waktu malam bagi melihat keindahan seni bina rumah ibadat tersebut dalam suasana yang lebih tenang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 