Masjid Di Negeri Sembilan Jadi Perhatian Tampil Dengan Warna ‘Strawberry Matcha’

Meriah nampak.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Google
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masjid Kariah Sungai Pah yang berusia 45 tahun kini berwajah baharu dengan limpahan cahaya berwarna-warni yang mengubah landskap malam di Kampung Peradong Pergai

Transformasi luar biasa hasil projek pencahayaan ikonik itu digerakkan secara berperingkat sejak awal Ramadan tahun lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, Pengerusi Masjid, Romizi Ariffin menyatakan bahawa hasil muafakat dan infaq penduduk setempat, hampir RM6,000 telah dibelanjakan untuk menghias rumah Allah tersebut dengan lampu LED pelbagai warna termasuk pada bahagian kubah utama.

Beliau menjelaskan bahawa projek tersebut dilaksanakan bagi memastikan persekitaran masjid tidak lagi berada dalam keadaan gelap dan sunyi pada waktu malam.

"Kita mahu masjid terang benderang supaya ada pencahayaan yang sesuai termasuk sekiranya ada musafir yang ingin singgah menunaikan solat.

"Inisiatif ini juga bertujuan mencantikkan masjid sehingga idea ini mula mendapat perhatian serta rujukan daripada pengurusan masjid lain untuk dilaksanakan di tempat mereka,"
katanya.

SAYS.com
Image via Google
SAYS.com
Image via Harian Metro

Masjid bakal dimeriahkan dengan konsep pencahayaan seperti I-City secara berperingkat pada masa hadapan

Romizi menyatakan bahawa usaha kreatif pihak pengurusan masjid tersebut mendapat pujian daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Jelebu yang menyifatkannya sebagai anjakan positif dalam mengimarahkan masjid.

Beliau turut menyasarkan untuk memeriahkan lagi persekitaran masjid dengan konsep pencahayaan menyerupai I-City, Shah Alam secara berperingkat pada masa hadapan.

"Bagi memudahkan pengurusan, lampu LED yang digunakan dipasang dengan sistem automatik yang akan menyala pada jam 7 malam dan terpadam pada jam 7 pagi setiap hari.

"Segala-galanya adalah hasil komitmen dan infaq berterusan penduduk setempat. Mereka banyak membantu dalam menjayakan hasrat murni mencantikkan rumah Allah ini," katanya.

SAYS.com
Image via Google

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: