Masjid At-Taqwa TTDI Perjelas Isu Boikot, Sambutan Berbuka Puasa Tetap Menggalakkan
Jemaah mula memenuhi masjid jam 7 malam dengan kehadiran 800 hingga 1,000 orang setiap hari.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) tampil menyangkal dakwaan liar yang mendakwa rumah ibadat tersebut sedang dipulaukan oleh orang ramai
Penafian ini dibuat susulan penularan sebuah hantaran di aplikasi Threads yang menunjukkan suasana ruang berbuka puasa yang kelihatan lengang pada Ahad lalu.
Menerusi kenyataan di Facebook, Pengerusi Masjid At-Taqwa, Datuk Mohd Fadzli Yusof memaklumkan bahawa hantaran oleh pemilik akaun drfirdaus_92 pada 22 Februari itu dirakam sekitar jam 6.32 petang, iaitu waktu di mana jemaah memang belum memenuhi ruang yang disediakan.

Kehadiran jemaah ke masjid masih memberangsangkan
Tegas beliau, situasi tersebut tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana kehadiran jemaah biasanya hanya mula memuncak selepas jam 7 malam.
Menurut Mohd Fadzli lagi, rekod kehadiran jemaah bagi majlis iftar pada tahun ini masih konsisten dengan trend tahun lalu, di mana dianggarkan seramai 800 hingga 1,000 orang hadir setiap hari untuk berbuka puasa bersama.
"Pihak masjid sentiasa cakna untuk menerapkan adab-adab kepada para jemaah ketika berada di masjid. Begitu juga dengan pemerkasaan program pengajian ilmu agama.
"Pihak masjid sentiasa merencana perancangan yang terbaik untuk ahli kariah, khususnya bagi mereka yang sentiasa melazimi solat berjemaah di masjid," katanya.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 