“Masak Air Skala Besar Demi Rezeki Halal” – Peniaga Ini Buat Ramai Yakin Masih Ada Yang Jujur

Kami salute peniaga jujur macam ini!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Lemon8 & Threads
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap kali tiba Ramadan, bazar pasti jadi lokasi wajib singgah orang ramai

Namun di sebalik kemeriahan membeli juadah berbuka, ada satu persoalan yang sering bermain di fikiran pembeli. Air balang yang dijual itu guna air masak atau terus dari paip?

Isu ini bukan cerita baru. Malah di platform Threads, perbincangan mengenainya kembali hangat apabila netizen berkongsi pengalaman kurang enak, termasuk sakit tekak secara tiba-tiba selepas minum air bazar.

Ada juga yang mendakwa pernah melihat sendiri peniaga mengambil jalan mudah menggunakan air paip mentah demi jimat kos.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian MetroImage via

Dalam lambakan kisah negatif itu, muncul satu perkongsian yang benar-benar mencuri perhatian ramai

Seorang peniaga tampil menunjukkan sendiri proses penyediaan air minumannya. Menerusi hantaran yang tular, dia berkongsi gambar dapur gas berskala besar lengkap dengan periuk besar sedang mendidihkan air.

"Hari hari masak air demi rezeki halal dan customer dapat minum air yg sedap. Penyediaan air dlm keadaan bersih dan selamat," katanya.

SAYS.com
Image via @aqrillarh (Threads)

Jelas kelihatan proses pendidihan dilakukan secara teliti di ruang khas yang bersih. Air dimasak dalam kuantiti besar sebelum dibancuh menjadi air balang untuk jualan.

Kaedah itu bukan sahaja memastikan rasa lebih sedap, malah mengurangkan risiko pencemaran bakteria atau mikroorganisma berbahaya.

Susulan tularnya hantaran itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa lega dan memuji usaha peniaga tersebut. Ada yang mengakui inilah pertama kali mereka melihat sendiri proses penyediaan air secara terbuka dan telus.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik