“Maruah Jadi Taruhan!” – BYON7 Sukan Tempur Bertaraf Antarabangsa Gegar WTCKL Sabtu Ini
BYON COMBAT SHOWBIZ 7 (BYON7) dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 25 April 2026 di WTCKL.
Cover image via @byoncombat (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Demam sukan tempur bakal menggegar ibu kota apabila acara BYON COMBAT SHOWBIZ 7 (BYON7) secara rasminya mendarat di Malaysia buat pertama kali
World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur bakal menjadi saksi kepada pertembungan paling panas tahun ini yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 25 April 2026.
Tumpuan utama peminat pastinya terarah kepada aksi ulangan (rematch) yang sarat dengan emosi antara Putra Abdullah dan Ronal Siahaan. Selepas pertarungan pertama mereka berakhir tanpa pemenang mutlak, kali ini kejuaraan Byon Kickstriking Asia Title menjadi taruhan sekaligus menjadikan perlawanan ini bukan sekadar buruan pingat, tetapi soal penebusan maruah.
Dikenali sebagai platform sukan tempur terkemuka dari Indonesia, BYON membawa konsep unik "combat showbiz" menerusi kerjasama strategik bersama Kharisma Music International. Penonton bukan sahaja bakal menyaksikan aksi fizikal yang lasak, malah akan dihidangkan dengan produksi bertaraf antarabangsa yang menggabungkan elemen hiburan moden yang memukau.

Selain acara kemuncak, BYON7 turut membariskan siri pertarungan berintensiti tinggi yang lain:
- Fahri Alamsyah vs Kabilan Jelevan: Pertemuan semula yang dijangka lebih sengit dan penuh provokasi.
- Nidal Mahmoud vs Adam Maulana: Perebutan gelaran yang menjanjikan teknik serangan tahap tinggi.
- Ammarul Shafiq vs Haris Sofyan: Pertembungan taktikal dan kuasa.
- Winona Karamoy vs Emmabel Cassandra: Aksi kategori wanita yang dijangka membawa tempo pantas dan agresif.
Saksikan secara langsung dengan hanya RM17
Bagi memastikan peminat di seluruh rantau tidak terlepas detik-detik mendebarkan ini, BYON7 turut mendapat sokongan rangkaian platform di bawah Media Prima serta penstriman eksklusif di Vidio.
Peminat yang tidak berkesempatan ke lokasi boleh menyaksikan siaran langsung ini di mana sahaja dengan akses langganan serendah RM17 sahaja.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sejarah tercipta di pentas BYON7, acara yang bakal menentukan siapa sebenarnya yang layak berdiri di puncak Asia!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



