Mark Zuckerberg Saman Mark Zuckerberg, Bengang Akaun Facebook Selalu Ditutup

Malang nama sama dengan CEO Facebook.

Enlarge text
Cover ImageCover image via WTHR-TV & CNN
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mark Zuckerberg seorang peguam muflis dari Amerika Syarikat telah memfailkan saman ke atas Mark Zuckerberg, Ketua Pegawai Esekutif Meta

Saman ini difailkan kerana akaun milik Mark S Zuckerberg telah ditutup sebanyak lima kali dalam lapan tahun.

Penutupan akaun ini telah membuatkan peguam itu kehilangan ribuan dollar Amerika Syarikat untuk mengiklankan perniagaan guamannya.

Peguam muflis dari Indiana ini telah menjadi peguam selama 38 tahun, jauh lebih lama dari penubuhan Facebook oleh Mark E Zuckerberg.

Menurut laporan dari BBC, Meta telah pun mengembalikan akaun milik peguam tersebut dan mereka kali ini mengambil langkah berjaga-jaga supaya perkara ini tidak lagi berulang.

"Ini tidak kelakar, mereka juga telah mengambil wang saya," ujar En Zuckerberg ketika ditemu bual oleh WTHR-TV di Indianapolis.

SAYS.com
Image via WTHR-TV

Mahkamah Besar Marion mengatakan Meta melanggar kontrak kerana En. Zuckerberg telah membayar AS$11 ribu (RM46 ribu) untuk periklanan, tetapi diturunkan secara tidak wajar

"Perkara ini seolah-olah membeli papan iklan di tepi lebuh raya, semata-mata untuk ditutup dengan kain besar tanpa mendapat apa-apa faedah dari bayaran tersebut," tambah Mark S Zuckerberg.

Emel dari Facebook mengatakan En Zuckerberg telah dituduh Facebook tidak menggunakan "nama sebenar" dan akaun itu dianggap sebagai akaun palsu.

Dia sendiri telah memberikan maklumat peribadi seperti kad pengenalan, kad kredit dan beberapa gambar untuk membuktikan namanya adalah betul.

"Saya Mark Steven. Dia Mark Elliot," – Mark S Zuckerberg.

Akaunnya juga telah dipadamkan pada Mei lepas dan hanya dibuka semula selepas saman difailkan.

"Kami sangat menghargai kesabaran En. Zuckerberg menghadapi isu ini dan akan memastikan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi," – Meta.

SAYS.com
Image via David Paul Morris/Getty Images

Peguam Mark S Zuckerberg adalah seorang peguam yang pakar dalam kes muflis telah membuka laman web menunjukkan masalah yang pernah dihadapinya atas kesalahan identiti ini.

Dia sendiri pernah disaman secara tidak sengaja oleh negeri Washington kerana namanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: