MARA Umum Kesemua 345 Institusi Pendidikan Dibawahnya Dapat Cuti Tambahan Sehari Sempena Aidilfitri

Difahamkan, cuti ini diberikan selepas perbincangan bersama Pengerusi dan Ketua Pengarah MARA..

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kesemua 345 institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mendapat cuti tambahan

Cuti tambahan ini adalah bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini dan diumumkan oleh Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Berdasarkan laporan dari Berita Harian, keputusan ini dibuat selepas perbincangan bersama Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman.

Pengumuman ini telah dibuat di laman rasmi Facebook Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Cuti adalah hasil perbincangan bersama

"Saya sudah berbincang dengan Ketua Pengarah MARA untuk turut memberikan satu hari cuti tambahan bersempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua 345 Institusi Pendidikan MARA. Kenyataan rasmi daripada MARA akan menyusul," katanya.

SAYS.com

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki

Image via The Star

Sebelum ini Kementerian Pendirikan (KPM) telah mengumumkan cuti tambahan pada 18 Mac kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Cuti tambahan dari KPM itu bertujuan untuk memberi ruang kepada guru, murid dan ibu bapa membuat persiapan sewajarnya untuk menyambut Aidilfitri.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: