MARA Perkenal Garis Panduan Baharu Untuk Kawal Kutipan PIBG Di MRSM Seluruh Negara
Beliau menegaskan bahawa MARA turut menetapkan semua pendapatan dan perbelanjaan Muafakat wajib diaudit.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal melaksanakan satu Garis Panduan Khas bagi menyelaraskan semua bentuk kutipan yuran serta bayaran tambahan yang dibuat oleh Muafakat, iaitu badan setara PIBG di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Menurut laporan Kosmo!, Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, garis panduan tersebut akan menjadi rujukan rasmi melibatkan peraturan, tatacara dan mekanisme kawal selia bagi memastikan amalan kutipan lebih teratur, telus dan tidak membebankan ibu bapa.
Beliau menegaskan bahawa MARA turut menetapkan semua pendapatan dan perbelanjaan Muafakat wajib diaudit.
"MARA juga menetapkan bahawa semua pendapatan dan perbelanjaan Muafakat wajib diaudit bagi mengelakkan penyelewengan serta memastikan setiap sumbangan digunakan untuk manfaat pelajar," katanya.

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Image via Kosmo!Pengurusan kewangan muafakat akan diperkemas
Menurutnya lagi, pengenalan garis panduan baharu tersebut bertujuan untuk:
- Menyeragamkan kaedah kutipan di semua MRSM.
- Memperkemas pengurusan kewangan Muafakat.
- Memastikan setiap maktab mematuhi standard tadbir urus yang baik.
MARA melihat keperluan itu sebagai langkah jangka panjang untuk meningkatkan kebertanggungjawaban dan memastikan tiada ketidakselarasan antara institusi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 