MARA & Batik Air Lancar Program Transformasi Pelajar B40 Jadi Jurutera Kapal Terbang Profesional

Program yang bagus untuk anak muda, terbaik!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menjalin kerjasama strategik dengan syarikat penerbangan, Batik Air bagi membangunkan pelajar daripada golongan B40 dan keluarga miskin menjadi jurutera profesional dalam industri penerbangan

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air iaitu Datuk Chandran Rana Muthy telah mengadakan perbincangan bersama pihak MARA, menumpukan kepada pembangunan kapasiti pelajar MRSM lepasan SPM 2025 yang menunjukkan potensi akademik tinggi.

Sebagai permulaan, seramai 50 pelajar akan dipilih berdasarkan keputusan percubaan SPM mereka.

Program latihan tersebut merangkumi bidang kritikal seperti Computer Aided Aircraft Design (CAAD), lesen penyelenggaraan pesawat, serta Avionik, khususnya dalam sektor Maintenance, Repair & Overhaul (MRO) yang menjadi tulang belakang operasi syarikat penerbangan.

SAYS.com
Image via DR ASYRAF WAJDI DUSUKI (Facebook)q

Batik Air bersetuju untuk menyediakan latihan profesional bersama MARA dan menawarkan peluang pekerjaan dengan gaji minima RM3,500

Bagi pelajar yang menamatkan pengajian empat tahun dan memperoleh sijil profesional CAAD yang diiktiraf antarabangsa, gaji berpotensi meningkat antara RM15,000 hingga RM20,000.

"InsyaAllah, jika program rintis 50 orang pertama ini berjaya, MARA akan meluaskan lagi program ini melalui institusi TVET MARA yang saya dimaklumkan oleh Datuk Chandran, mempunyai permintaan yang amat tinggi dalam industri penerbangan dan Aviation bukan hanya dalam negara bahkan di peringkat antarabangsa.

"Saya yakin hanya dengan ilmu dan kemahiran tinggi sahaja boleh merubah nasib anak-anak bangsa yang datang dari latar keluarga berpendapatan rendah dan miskin. MARA komited untuk membantu anak-anak B40 dan miskin bagi merubah kehidupan mereka,"
katanya.

Lihat posting di bawah:

#

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: