Mangsa Banjir Kini Cecah Seramai 24,207 Orang, Kelantan Paling Teruk Terkesan

Seramai 9,525 mangsa banjir di Kelantan dilaporkan setakat ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Kosmo
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara kini kian meningkat

Lebih 24,907 orang membabitkan 8,308 keluarga dan sebanyak 14 PPS telah dibuka dan beroperasi di 26 daerah.

Menurut petikan di Berita Harian, Pusat Pengurusan Bencana Negara melaporkan, setakat jam 6 pagi? hari ini sebanyak lapan negeri telah terjejas iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Pahang.

Jumlah mangsa juga berterusan meningkat terutamanya di kawasan Utara dan Pantai Timur.

Kelantan kekal negeri paling teruk terjejas banjir

Kelantan adalah negeri paling teruk terjejas dengan banjir dengan 9,525 mangsa dan 40 PPS telah dibuka dan beroperasi di Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Perlis telah mencatat 5,968 mangsa dan semuanya ditempatkan di 18 PPS dan jumlah di negeri itu semakin meningkat.

Beberapa jalan besar di Kangar, Padang Besar, Mata Ayer dan kawasan lain kekal ditutup sepenuhnya.

Sementara itu, Selangor pula merekodkan 2,964 mangsa di 21 PPS terutamanya di Kuala Selangor, Petaling dan Sabak Bernam.

Keadaan banjir di Selangor dilaporkan semakin stabil.

SAYS.com
Image via NSTP/Wan Nabil Nasir

Kedah mencatatkan seramai 2,043 mangsa di mana kebanyakan mangsa berada di Kubang Pasu dan dilaporkan kesemua 12 PPS kini aktif.

Manakala di Pulau Pinang, Seberang Perai Tengah merekodkan seramai 50 mangsa dan Pahang pulak mencatatkan seramai 42 mangsa.

SAYS.com
Image via Kosmo

Di Perak, 4,184 mangsa ditempatkan di 42 PPS dan jumlah mangsa semakin meningkat di Manjung, Hilir Perak, Bagan Datuk dan daerah lain.

Selain itu, Terengganu merekodkan 131 mangsa di Besut dan Marang dimana kawasan Besut dengan trend yang semakin meningkat.

Dalam pada itu, beberapa negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Johor Timur, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak telah diberikan amaran ribut petir oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) berakhir pada 5 pagi tadi.

Setakat 9 pagi ini, tiada amaran ribut petir diumumkan Met Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: