Mangsa Banjir Di Kedah Terus Meningkat Kepada 910 Orang, 7 PPS Kini Dibuka
Kulim mencatatkan jumlah tertinggi dengan 858 mangsa daripada 261 keluarga yang kini ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS).

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di Kedah terus bertambah, mencatat 910 mangsa daripada 285 keluarga di dua daerah iaitu Kulim dan Kuala Muda
Menurut laporan Berita Harian, Kulim mencatatkan jumlah tertinggi dengan 858 mangsa daripada 261 keluarga yang kini ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS).

Antara PPS yang beroperasi ialah SMA Isaniah Jangkang (423 mangsa), SK Pagar Museh (199), SJKC Khai Min (102), Surau Taman Sang Kancil (96), Dewan Sungai Karangan (22) dan Dewan Kampung Paya Tok Betok (16).
Sementara itu, di Kuala Muda, seramai 52 mangsa daripada 24 keluarga masih berlindung di PPS SJKC Chong Cheng di Tanjung Dawai.
Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Pendang kini melepasi tahap bahaya dan terus meningkat, manakala Sungai Ketil di Kampung Bongor berada pada tahap amaran. Empat lagi sungai di Sik, Kubang Pasu, Langkawi dan Baling dilaporkan berada pada tahap waspada.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



