Mangsa Banjir Aceh Rayu Bantuan PMX, Penduduk Kini Terputus Hubungan Luar Lebih 5 Hari

Difahamkan, wakil penduduk memaklumkan bahawa keadaan di beberapa kampung terpencil berada pada tahap kritikal.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penduduk di kawasan Gayo, Aceh merayu bantuan daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendakwa tidak menerima sebarang bantuan daripada pihak pemerintah selama hampir lima hari

Menurut laporan Kosmo!, hantaran yang dimuat naik di Instagram oleh akaun Relawan Pemuda Gayo, wakil penduduk memaklumkan bahawa keadaan di beberapa kampung terpencil berada pada tahap kritikal.

"Kami, penduduk Gayo memohon bantuan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penduduk kelaparan, sudah lima hari tidak ada bantuan.

"Tolong kami warga Aceh Tengah, Bener Meriah, Gayo Lues. Kami terputus hubungan, belum ada bantuan di kampung-kampung terpencil," katanya.

SAYS.com
Image via Pintoe

Luahan tersebut menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan warga maya Indonesia yang meluahkan rasa kecewa terhadap tindak balas pihak berkuasa yang dianggap lambat dan tidak menyeluruh

Susulan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) dilaporkan mula menggerakkan pasukan mereka ke lokasi terjejas sehari selepas hantaran tersebut tular.

SAYS.com
Image via @explore_gayo (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: