Malaysia Tersenarai Negara Kedua Paling Aman Di ASEAN – Laporan GPI 2025
Indeks GPI diterbitkan oleh Institute for Economics and Peace (IEP) yang menilai 163 negara.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia kini berada di tangga ke-13 dunia dan merupakan negara kedua paling aman di ASEAN
Menurut laporan Buletin TV3, ia berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI) 2025 dengan skor 1.469 mata.
Bagaimanapun, kedudukan ini menunjukkan penurunan satu anak tangga berbanding pencapaian pada tahun sebelumnya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Trabel ThruSingapura kekal negara paling aman di ASEAN
Manakala, Singapura pula terus mengungguli kedudukan sebagai negara paling aman di ASEAN, sekaligus berada di tempat ke-6 dunia dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2025, dengan skor cemerlang 1.357.
Kedudukan ini kekal tidak berubah berbanding tahun sebelumnya dengan membuktikan bahawa kestabilan, keselamatan dan dasar yang konsisten terus meletakkan negara kota itu sebagai antara yang terbaik di peringkat global.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita HarianAntara negara-negara ASEAN lain dalam senarai termasuk adalah:
- Vietnam – Kedudukan bersama ke-38 global | Skor: 1.721 | Naik 1 tempat
- Laos – Kedudukan ke-47 global | Skor: 1.783 | Turun 3 tempat
- Indonesia – Kedudukan ke-49 global | Skor: 1.786 | Naik 3 tempat
- Thailand – Kedudukan ke-86 global | Skor: 2.017 | Turun 5 tempat
- Kemboja – Kedudukan bersama ke-87 global | Skor: 2.019 | Turun 12 tempat
- Filipina – Kedudukan ke-105 global | Skor: 2.148 | Naik 6 tempat
- Myanmar – Kedudukan ke-153 global | Skor: 3.045 | Turun 2 tempat
Dalam senarai global, Iceland terus mempertahankan gelaran sebagai negara paling aman di dunia untuk tahun ke-17 berturut-turut sejak 2008. Ia satu pencapaian luar biasa dalam landskap geopolitik dunia.
Negara lain yang turut menghuni ranking teratas GPI 2025 termasuk Ireland, Austria, New Zealand dan Switzerland, yang kesemuanya dikenali dengan tahap kestabilan dan keselamatan domestik yang tinggi.
Indeks Keamanan Global (GPI) diterbitkan oleh Institute for Economics and Peace (IEP) dan menilai 163 negara berdasarkan pelbagai indikator, termasuk tahap keselamatan awam, konflik domestik dan antarabangsa, serta pengaruh ketenteraan dalam sesebuah negara atau wilayah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 