Malaysia Tanggung Kerugian Besar Lebih RM700 Juta Setahun Gara-Gara Perlombongan Bitcoin Secara Haram

Jumlah tersebut amat membimbangkan dan memerlukan tindakan tegas serta berterusan daripada pihak berkuasa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian & Investopedia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia berdepan kerugian mencecah lebih RM700 juta setahun akibat kegiatan perlombongan mata wang kripto secara haram yang mencuri bekalan elektrik, sekali gus menimbulkan ancaman keselamatan kepada orang awam

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Investopedia

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad mendedahkan, jumlah tersebut amat membimbangkan dan memerlukan tindakan tegas serta berterusan daripada pihak berkuasa.

"Rata-rata premis yang diperiksa didapati menggunakan sistem pendawaian yang tidak selamat hingga berisiko berlaku letupan dan kebakaran.

"Pada masa sama, ia juga mengundang masalah dan gangguan sistem bekalan elektrik kepada pengguna lain,"
katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai operasi pemotongan bekalan elektrik bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga di sekitar Taman Seri Mahkota dan Kampung Batu 11.

Operasi kira-kira jam 10 pagi itu berjaya membongkar taktik sindiket yang menjadikan rumah sewa sebagai lokasi melombong Bitcoin bagi mengelak dikesan pihak berkuasa

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Menurut Abdul Rahman, pemeriksaan di premis pertama menemui 18 mesin perlombongan yang sedang beroperasi dengan penggunaan elektrik mencecah 40,703 kilowatt sehari, menyebabkan kerugian kira-kira RM21,000 sebulan.

"Manakala di premis kedua, terdapat 10 mesin beroperasi dengan anggaran penggunaan elektrik 26,403.84 kilowatt sehari melibatkan kerugian dianggarkan RM13,703 sebulan.

"Untuk dua premis ini sahaja kerugian mencecah RM34,000 bulan atau 208,000 untuk tempoh enam bulan,"
katanya.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 37(3), Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447], yang memperuntukkan hukuman berat kepada pesalah.

"Sekiranya disabitkan kesalahan, syarikat atau individu terbabit akan berhadapan dengan hukuman denda tidak kurang RM 1,000 dan tidak lebih RM 50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

"Kesalahan kedua dan berikutnya, denda tidak kurang dari RM 5,000 dan tidak lebih RM 100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya,"
jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menggesa pemilik rumah agar lebih berhati-hati ketika menyewakan premis bagi mengelakkan ia disalahgunakan untuk aktiviti haram

"Sebaiknya, tukar akaun pengguna elektrik kepada nama penyewa kerana bagi kes seperti ini (kecurian elektrik) tuntutan akan dikenakan kepada pemilik sekiranya penyewa gagal dikesan.

"Penduduk setempat atau jiran juga diminta memainkan peranan melaporkan aktiviti melombong wang kripto sekiranya syak berlaku kecurian elektrik di kawasan masing-masing,"
katanya.

Tambah beliau, operasi pemotongan bekalan elektrik akan terus dipergiatkan di seluruh negara bagi membanteras kegiatan ini daripada terus berleluasa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: