Malaysia Rugi Lebih RM35.7 Juta, Ramai Pemilik Kereta Mewah Elak Bayar Cukai Jalan

Pemilik sengaja tunggu kenderaan disita dan hanya membayar kompaun RM300.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Unsplash
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Loke Siew Fook Menteri Pengangkutan menyatakan ramai pemilik kereta mewah culas dalam membayar cukai jalan Malaysia

Cukai jalan yang tidak diperbaharui ini telah mencecah lebih RM35.7 juta setelah pemilik-pemilik kereta mewah mengelak dari membuat bayaran.

Memetik laporan dari Free Malaysia Today, pemilik-pemilik kereta mewah tersebut terdiri daripada ahli politik, ahli perniagaan ternama dan pemilik kenderaan mewah bergelar Tan Sri.

SAYS.com
Image via motorist

"Semua maklumat, jenis kenderaan dan tempoh cukai jalan yang tamat ada dalam sistem JPJ. Saya tidak akan umumkan nama mereka kerana tidak mahu memalukan sesiapa," katanya dalam sidang media 5 hari lepas.

Menurut beliau, JPJ telah melancarkan Ops Luxury yang akan menyita kenderaan mewah tiada cukai jalan dan insurans yang sah.

SAYS.com
Image via Jabatan Pengangkutan Jalan MalaysiaImage via

Ada pemilik sengaja tunggu kenderaan disita dan hanya membayar kompaun RM300

Inilah cara pemilik kereta mewah 'lari' dari membayar cukai kerana RM300 masih berbaloi jika dibandingkan dengan harga cukai jalan yang perlu dibayar.

"Jika sikap ini berterusan, kami tidak teragak-agak mengambil tindakan lebih drastik dan saya memberi peringatan awal untuk mereka memperbaharui cukai jalan." tambah beliau lagi.

SAYS.com
Image via Drive Safe and Fast

JPJ juga sudah menyita lebih 400 kenderaan mewah dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Senarai jenama kereta mewah yang tidak membayar cukai adalah:

1. 660 unit Bentley (RM 7,055,197.10)
2. 345 unit Rolls-Royce (RM6,455,563.70)
3. 372 unit Lamborghini (RM3,761,345.40)
4. 675 unit Ferrari (RM4,718,395.60)
5. 4,308 unit Porsche (RM13,751,078.20)

Pihak JPJ menekankan pihak Kementerian Pengangkutan dan JPJ bersepakat untuk tidak memberi muka kepada mana-mana pemilik kenderaan yang gagal mematuhi undang-undang jalan raya untuk menjadi keselamatan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: