Malaysia Mendunia, Perodua Bezza Jadi Kenderaan Perodua Rasmi Polis Di Papua New Guinea
Bezza 'mendonia'!
Cover image via @brittany.jane93 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Para pemilik Perodua Bezza kini punya sebab baharu untuk berasa bangga apabila model sedan kompak popular itu dilihat dipilih sebagai kenderaan peronda rasmi polis Papua New Guinea (PNG)
Dalam beberapa gambar yang tular di media sosial, kelibat barisan Bezza berwarna putih lengkap dengan pelekat rasmi, lampu amaran di bumbung serta kelengkapan polis lain dipercayai milik Royal Papua New Guinea Constabulary (RPNGC) mencuri perhatian ramai.

Ramai teruja lihat hasil buatan Malaysia ke luar negara
Menerusi video perkongsian di TikTok @brittany.jane93, kelihatan deretan Perodua Bezza berwarna putih, lengkap dengan pelekat rasmi serta lampu amaran polis di bahagian bumbung, dipercayai digunakan oleh Royal Papua New Guinea Constabulary (RPNGC) sebagai kenderaan rondaan.
Perkembangan itu pantas mencetuskan gelombang perbualan dalam kalangan netizen Malaysia, yang jelas teruja melihat model popular buatan tempatan "menyeberangi sempadan" dan memenuhi peranan sebagai kereta peronda rasmi di negara lain.
Difahamkan, unit Bezza yang digunakan oleh pihak berkuasa PNG merupakan versi eksport yang dipasarkan khusus untuk pasaran antarabangsa, dipilih berikutan reputasinya dalam aspek penjimatan bahan api, ketahanan serta kos penyelenggaraan yang rendah.
Selain mencetuskan rasa bangga, ramai juga menyifatkan perkembangan ini sebagai satu manifestasi pengiktirafan tidak langsung terhadap kemampuan industri automotif Malaysia.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



