Malaysia Kini Tersenarai Antara Destinasi Percutian & Pelancongan Termurah Di Asia
Musim cuti akhir tahun sentiasa kekal sebagai tempoh paling sibuk bagi industri pelancongan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia telah dinamakan sebagai antara tiga destinasi paling menjimatkan untuk melancong pada akhir tahun di Asia
Menurut platform pelancongan digital, Agoda, data tempahan penerbangan mereka (dianalisis dari 1 September hingga 19 November untuk perjalanan 20 hingga 31 Disember) menunjukkan penerbangan domestik di Malaysia boleh didapati serendah RM37, contohnya untuk laluan Bario ke Miri, Sarawak.
Laluan Bario ke Miri dianggap ideal untuk percutian berteraskan budaya dan alam semula jadi, kerana ia merupakan pintu masuk unik ke kawasan tanah tinggi Sarawak, sawah padi yang indah, dan komuniti rumah panjang tradisional.
Sementara itu, Korea Selatan berkongsi kedudukan kedua dengan Malaysia. Laluan Jeju ke Seoul di Korea Selatan menawarkan pilihan mesra bajet untuk meneroka pantai-pantai indah di pulau itu serta ibu negara.

Thailand ungguli tangga teratas
Thailand menduduki tempat teratas bagi destinasi paling menjimatkan dengan laluan domestik Udon Thani ke Bangkok ditawarkan serendah RM25.
Bagi segmen perjalanan antarabangsa, Malaysia dan Indonesia muncul sebagai pilihan paling mesra bajet, dengan tambang serendah RM103 bagi laluan Johor Bahru–Phuket (Thailand) dan Pontianak–Kuching.
Thailand berada di tempat kedua dengan penerbangan Krabi–Kuala Lumpur berharga RM115, diikuti oleh Korea Selatan (RM132), Jepun (RM161), Taiwan (RM46), Vietnam (RM190), dan India (RM301).

Menurut Pengarah Negara Agoda untuk Malaysia dan Brunei, Fabian Teja, musim cuti akhir tahun sentiasa kekal sebagai tempoh paling sibuk bagi industri pelancongan.
"Ramai yang merancang untuk bertemu orang tersayang atau menikmati percutian yang dinanti-nantikan.
"Dengan rangkaian penerbangan yang luas serta pelbagai pilihan perjalanan mesra bajet, Agoda berusaha membantu para pelancong mendapatkan tawaran terbaik agar percutian mereka bukan sahaja berpatutan malah, mencipta kenangan yang sukar untuk dilupakan," katanya.
Dengan lebih 130,000 laluan penerbangan, lebih 6 juta penginapan, dan lebih 300,000 aktiviti liburan, Agoda membolehkan pelancong merancang keseluruhan percutian mereka dengan mudah dan lancar melalui satu platform digital.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 