Malaysia Kini Berada Di Tangga Ke-22 Dunia Untuk Purata IQ Tertinggi
Malaysia juga berada di tempat ketiga untuk negara ASEAN.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia kini adalah negara ke-22 yang mempunyai purata IQ tertinggi dalam dunia
Ranking Royals merupakan laman web yang mengambil statistik dari badan berkanun dan memberikan infografik untuk pelbagai jenis kedudukan dari pelbagai jenis topik.
Infografik negara dengan purata IQ tertinggi dalam dunia juga telah dikongsikan mereka.
Malaysia kini berada di tempat ke-22 dalam dunia dan berada di tempat ketiga bagi negara ASEAN di belakang Singapura dan Thailand.
Statistik ini diambil Ranking Royals berdasarkan data dari International IQ Test.

Purata IQ rakyat Malaysia semakin meningkat sebanyak sejak beberapa tahun lepas
Berbanding tahun lepas, Malaysia sebenarnya telah berjaya meningkatkan purata IQ dari 99.29 ke 100.48 pada awal tahun ini.

Ujian ini juga telah diambil oleh 19,388 rakyat Malaysia sekaligus menunjukkan kemajuan kognitif negara.
International IQ Test adalah antara ujian IQ paling tepat dan boleh dipercayai.
Setiap orang akan diuji dari segi penyelesaian masalah, logik, dan pemprosesan maklumat yang digunakan untuk penempatan pendidikan, pengambilan kerja dan kajian.
Purata IQ tertinggi setakat ini didahului China dengan 107.19 diikuti Korea Selatan dengan 106.43 dan Jepun dengan 106.40.
Antara aspek paling menarik untuk kajian ini ialah penekanan untuk individu IQ tinggi yang digelar "gifted" dengan skor lebih tinggi dari 130.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 