Malaysia Kini Berada Di Tangga Ke-21 Dunia Untuk Purata IQ Tertinggi 2025
Masih di tempat ketiga untuk negara ASEAN berbanding tahun lepas.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia kini adalah negara ke-21 yang mempunyai putara IQ tertinggi di dalam dunia, naik satu anak tangga berbanding tahun lepas
Dilaporkan oleh Kosmo, data ini telah dikeluarkan oleh International IQ Test 2025, di mana Malaysia berada di kedudukan ke-21 menunjukkan itelektual rakyat Malaysia semakin meningkat di peringkat antarabangsa.
Malaysia telah mencatatkan skor purata IQ sebanyak 100.48 mengatasi beberapa negara maju yang lain.
Malaysia masih di tempat ketiga untuk negara ASEAN
Malaysia kini berada di tempat ke-21 di dalam dunia, manakala Singapura berada di tangga ke-lima dengan purata IQ 105.14 dan Thailand dengan 101.52 purata IQ.
Turut dalam senarai, dalam kedudukan 10 terbaik adalah China, Korea Seatan, Jepun, Iran, Russia, Mongolia, Armenia, Australia dan Sepanyol.
Statistik ini adalah berdasarkan International IQ Test 2025

Penurunan purata IQ untuk setakat tahun ini
Untuk tahun ini setakat bulan April, purata IQ Malaysia menurun sebanyak 1.94 menjadi 98.51.

Ujian ini telah diduduki oleh seramai 19,346 orang Malaysia dan masihlah bukan nombor sebenar kerana masih tidak cukup masa sehingga hujung tahun ini.
Buat pengetahuan orang ramai, International IQ Test adalah antara ujian IQ paling tepat dan boleh dipercayai.
Dalam ujian ini, setiap orang akan diuji dari segi penyelesaian masalah, logik dan pemprosesan maklumat. Adakalanya, ujian ini digunakan untuk penempatan pendidikan, pengambilan kerja dan kajian.
Purata IQ tertinggi di dalam dunia adalah masih China dengan 107.19, diikuti Korea Selatan dengan 106.43 dan Jepun dengan 106.40.
Jika seseorang itu telah mencapai skor lebih tinggi daripada 130, individu IQ tinggi ini akan digelar sebagai 'gifted'.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 