Malaysia Dijangka Alami Hujan Lebat Berterusan Mulai Jumaat Hingga Mac 2026

Rakyat Malaysia disarankan mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan keselamatan keluarga terjamin sepanjang musim monsun ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Astro Awani & Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk mula bersiap siaga apabila Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 dijangka bermula pada Jumaat ini, 13 November, dan berterusan sehingga Mac tahun depan

Menurut laporan Kosmo!, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, monsun kali ini dijangka membawa antara lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan di seluruh negara.

MetMalaysia menjelaskan bahawa hujan yang turun tanpa henti selama beberapa hari mampu menyebabkan:

– Banjir kilat dan limpahan sungai, terutama di kawasan rendah
– Angin kencang dari arah timur laut
– Keadaan laut bergelora
– Kenaikan paras air laut, khususnya di kawasan berhampiran Laut China Selatan

Pihak berkuasa turut mengingatkan komuniti nelayan, penduduk pesisir pantai dan mereka yang tinggal berhampiran sungai supaya lebih berhati-hati menjelang musim monsun ini.

"Jangan pandang ringan amaran cuaca" – Ketua Pengarah MetMalaysia

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Dalam pada itu, Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip menegaskan kepentingan untuk sentiasa mengikuti maklumat cuaca terkini.

"Kita nasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini.
Semua ini boleh diperoleh melalui laman web MetMalaysia, aplikasi myCuaca, serta media sosial rasmi kami," katanya.

Beliau turut menekankan bahawa kesiapsiagaan awal amat penting kerana beberapa negeri terutamanya di Pantai Timur Semenanjung berisiko tinggi mengalami cuaca ekstrem sepanjang tempoh ini.

Dapatkan maklumat terkini terus dari MetMalaysia

Bagi mengelakkan maklumat palsu atau kekeliruan, orang ramai digalakkan merujuk sumber rasmi melalui:

  • Laman web: www.met.gov.my
  • Aplikasi: myCuaca
  • Hotline MetMalaysia: 1-300-22-1638

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: