Malaysia Di Tangga Ke-4 Untuk Iklan Dark Web & Tangga Ke-6 Serangan Siber Di Asia Tenggara

Difahamkan, Malaysia sahaja sudah merangkumi 10% dari serangan siber di Asia Tenggara.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia berada di tangga ke-4 untuk iklan-iklan di forum dark web dan ke-6 untuk serangan siber di Asia Tenggara

Berdasarkan statisca, Malaysia mempunyai kadar penetrasi internet setinggi 97%. Jejak digital ini telah menarik banyak perhatian orang tidak bertanggungjawab.

Dilaporkan oleh SAYS, baru-baru ini Positive Technologies, firma sekuriti siber dari Rusia, telah menganjurkan Positive Hack Talks di Kuala Lumpur.

Acara ini adalah untuk mengumpulkan profesional dalam dan luar negara untuk membedah situasi yang jika dibiarkan akan menjadi lebih buruk.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Malaysian Reserve

Syarikat Rusia itu mendapati Malaysia merangkumi 10% daripada serangan siber sekuriti di Asia Tenggara

Penggunaan dan perubahan pesat pendigitalan telah membuatkan negara menjadi titik fokus untuk penjenayah siber mengeksploitasi kelemahan sistem.

Malah di dalam forum-forum dark web, Malaysia merangkumi 15% daripada aktiviti itu sekaligus berada di tangga ke-4 untuk pengiklanan di dark web Asia Tenggara.

Menurut pakar, peningkatan ini antara punca Malaysia menghadapi banyak kebocoran data, di mana informasi yang telah dicuri akan dijual untuk wang.

SAYS.com

Ketua Pegawai Penggodaman Positive Technologies, Dmitry Serebryannikov

Image via Positive Technologies

Sementara itu, Surfshark, firma sekuriti siber dari Belanda mengatakan 152 akaun telah dibocorkan untuk setiap 100 orang di Malaysia.

Angka ini menunjukkan nombor yang lebih tinggi dari purata iaitu 55 dan meletakkan Malaysia di tangga ke-31 untuk bilangan kebocoran data akaun.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Whats the best

Ketua Pegawai Penggodaman Positive Technologies, Dmitry Serebryannikov, mengatakan perjumpaan ini adalah untuk membangunkan komuniti global dan Asia Tenggara kini telah menjadi titik fokus untuk misi mereka

"Misi kita adalah mengumpulkan semua informasi dan dengan usaha rakan sejawat, kita dapat meningkatkan tahap sekuriti global Asia Tenggara yang akan menjadi titik fokus." kata Serebryannikov.

Acara ini juga membawa perbincangan mengenai kajian kelemahan bantuan AI, analisis malware, dan rangka kerja untuk mengelakkan phishing.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: