Malaysia Di Tangga Ke-20 Negara Yang Paling Banyak Tonton Adegan ‘AI Slop’

Difahamkan, kandungan AI slop dan brainrot semakin berleluasa di Malaysia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Digwatch & IndianExpress
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kajian dari Kapwing baru-baru ini mengesahkan lebih 21-33% kandungan di YouTube adalah video AI slop atau brainrot

Mereka juga telah menunjukkan statistik untuk beberapa negara dan negar mana yang paling banyak menonton kandungan AI Slop.

Untuk info, AI slop adalah kandungan kualiti rendah yang dihasilkan menggunakan aplikasi dan peranti AI semata-mata untuk mendapat jumlah tontonan dan langganan atau mengubah pendapat politik seseorang itu.

Manakala, brainrot pula ialah video kompulsif, mengarut, berkualiti rendah yang mempunyai kesan untuk menghakis mental dan intelektual penonton dan juga sering menggunakan AI.

SAYS.com
Image via The Rakyat Post

Ketika banjir besar di Songkhla, Thailand tahun lepas juga ramai tertipu dengan video AI seekor anjing menyelamatkan anak kucing dari banjir.

Analisa ini diambil dari jumlah penonton dan subscriber mengikut AI slop dan brainrot yang trending di YouTube.

Malaysia berada di tangga ke-20 suka menonton AI slop

SAYS.com
Image via Kapwing

Difahamkan, rakyat Malaysia mempunyai lebih 1.11 bilion jumlah tontonan untuk kandungan AI slop dan brainrot.

Lebih mengejutkan, Korea Selatan berada di tangga teratas dengan lebih 8.45 bilion jumlah tontonan dan majoritinya disebabkan video AI penyanyi K-pop palsu dengan musik video tidak masuk akal.

Sebelum ini di Malaysia, pernah terjadi satu kes dimana pasangan warga emas telah tertipu dengan video AI percutian kereta kabel di Pengkalan Hulu.

Kita perlu lebih berhati-hati dalam melihat sebarang kandungan yang boleh menjadi palsu terutamanya dengan penggunaan AI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: