Malaysia Beri Lampu Hijau Pencarian Baharu MH370, Ocean Infinity Terajui Operasi

Difahamkan, kelulusan tersebut dibuat menerusi kontrak berasaskan prinsip 'tidak jumpa, tiada bayaran'.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan Malaysia sekali lagi memberi kebenaran untuk meneruskan usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak lebih sedekad lalu, dengan operasi terbaharu ini yang akan diterajui oleh firma robotik berpangkalan di Texas, Amerika Syarikat, Ocean Infinity

Menerusi laporan Sinar Harian, menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), kelulusan tersebut dibuat menerusi kontrak berasaskan prinsip 'tidak jumpa, tiada bayaran', sekali gus memastikan kerajaan tidak menanggung sebarang kos sekiranya pencarian gagal menemui bangkai pesawat berkenaan.

"Kerajaan kekal komited untuk meneruskan usaha yang munasabah bagi mencari MH370 dan memberikan penutup kepada keluarga mangsa tragedi ini," katanya.

Difahamkan, Ocean Infinity hanya akan menerima bayaran sebanyak AS$70 juta (sekitar RM283.3 juta) sekiranya bangkai pesawat MH370 berjaya ditemui dan dikenal pasti menerusi perjanjian itu.

SAYS.com
Image via South China Morning Post

Laporan tempatan memaklumkan bahawa fasa baharu pencarian itu dijangka berlangsung sehingga 55 hari, dengan tumpuan diberikan kepada kawasan carian yang lebih kecil dan lebih spesifik, iaitu sekitar 5,800 batu persegi di selatan Lautan Hindi

Ocean Infinity dalam kenyataannya memaklumkan bahawa operasi berkenaan akan menggunakan kenderaan bawah air autonomi (AUV) berteknologi tinggi yang mampu menyelam sehingga 6,000 meter dan beroperasi secara berterusan selama beberapa hari tanpa perlu timbul ke permukaan.

Menurut firma tersebut, penggunaan teknologi AUV terkini membolehkan pemetaan dasar laut dilakukan dengan lebih terperinci dan tepat berbanding operasi terdahulu.

Dron bawah air berkenaan dilengkapi dengan sonar imbasan sisi beresolusi tinggi, pengimejan ultrabunyi serta magnetometer, yang berupaya menghasilkan pemetaan dasar laut dalam bentuk tiga dimensi serta mengesan serpihan logam dan objek tertimbus di dasar laut.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Guardian

Sehingga kini, hanya serpihan pesawat MH370 pernah ditemui sejak tahun 2015, dengan kurang daripada 30 kepingan dikenal pasti termasuk bahagian sayap, gear pendaratan dan badan pesawat yang ditemui terdampar di beberapa lokasi pantai sejauh ribuan kilometer, dari Pulau Reunion hingga ke Mozambique

Walau bagaimanapun, tiada sebarang mayat mangsa pernah ditemui setakat ini.

Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa dari China, Australia, Eropah dan beberapa negara lain terus mendesak agar usaha pencarian diteruskan, memandangkan pengesahan penemuan bukan sahaja penting bagi memberikan penutup emosi kepada keluarga, malah berkait rapat dengan aspek keselamatan penerbangan global.

Sebagai rekod, usaha pencarian MH370 kini memasuki tahun ke-12, dengan Malaysia sekali lagi memberikan lampu hijau kepada Ocean Infinity bagi mengendalikan operasi pencarian menerusi kontrak 'tidak jumpa, tiada bayaran'.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wikipedia

Pesawat MH370 berlepas dari Kuala Lumpur selepas tengah malam pada 8 Mac 2014 menuju ke Beijing dalam penerbangan enam jam yang dijadualkan berjalan lancar.

Namun, kurang daripada sejam selepas berlepas, transponder pesawat Boeing 777 itu terpadam, menyebabkan ia hilang daripada radar awam.

Laporan turut mendedahkan bahawa paparan radar tentera menunjukkan pesawat tersebut berpatah balik secara mendadak ke arah barat, melintasi semula ruang udara Malaysia sebelum meneruskan penerbangan ke arah selatan merentasi Lautan Hindi yang luas.

Tidak dinafikan, tragedi kehilangan MH370 kekal sebagai salah satu misteri penerbangan terbesar dalam sejarah moden.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: