Malaysia Bakal Wajibkan Pengesahan eKYC Untuk Pengguna Media Sosial – Fahmi Fadzil

Pengesahan itu bagi melindungi keselamatan kanak-kanak di alam maya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook & Signing Cloud
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia bakal mewajibkan pengesahan electronic Know Your Customer (eKYC) untuk setiap pelantar media sosial

Pengesahan ini bertujuan untuk mengenalpasti identiti kanak-kanak bawah 13 tahun dari mempunyai akaun media sosial.

Menurut laporan dari Berita Harian, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah itu adalah bagi melindungi keselamatan kanak-kanak di alam maya serta memastikan garis panduan komuniti yang ditetapkan oleh pelantar berkenaan dapat dikuat kuasa.

"Sewaktu saya bertemu dengan wakil platform media sosial bulan lalu, saya telah memberikan mesej kepada mereka bahawa di Malaysia, kita akan mewajibkan platform-platform media sosial melakukan pengesahan identiti terutama untuk memastikan kanak-kanak bawah usia 13 tahun tidak memiliki akaun." ujar Fahmi Fadzil.

Pertemuan antara MCMC dengan syarikat pelantar media sosial akan diadakan minggu hadapan

Tujuan pertemuan ini bakal menjadi langkah penting ke arah merealisasikan segera pelaksanaan perkara tersebut.

Tambah beliau lagi, proses eKYC ini penting bagi membanteras kegiatan penipuan dalam talian dan penyebaran kandungan berbahaya seperti judi dan iklan palsu.

SAYS.com
Image via Lowyat

"Banyak platform disalahgunakan oleh penjenayah untuk tujuan scam… semalam, dalam Parlimen saya ada menjawab soalan… ada angka yang menggerunkan… 78 peratus daripada semua kandungan scam yang telah diturunkan itu adalah daripada Facebook," kata beliau.

Buat masa ini bila atau bagaimana eKYC akan dilaksanakan untuk media sosial masih belum diberitahu.

Menjaga keselamatan kanak-kanak di atas talian boleh diperkuatkan lagi dengan eKYC.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: