Malaysia Bakal Berdepan Fenomena La Nina, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Keadaan ini berpotensi mempengaruhi taburan hujan di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui Pusat Iklim Nasional menjangkakan fenomena La Nina singkat bakal muncul pada awal musim sejuk 2025/2026

Keadaan ini berpotensi mempengaruhi taburan hujan di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Namun, ramalan turut menunjukkan cuaca kembali pulih kepada keadaan neutral tidak lama selepas itu, lapor Harian Metro.

Menurut laporan, iklim jangka panjang ini bermula September 2025 hingga Februari 2026 dan kebanyakan model iklim antarabangsa meramalkan fenomena El Nino–Southern Oscillation (ENSO) kekal neutral dengan kebarangkalian sekitar 56 peratus sehingga Oktober tahun ini.

Indeks Nino Lautan (ONI) terkini yang diukur di kawasan pemantauan Nino 3.4 bagi Mei hingga Julai 2025 juga dilaporkan berada pada paras -0.1 darjah Celsius, menandakan kestabilan relatif.

Image via NST

MetMalaysia menjelaskan bahawa selain ENSO, faktor lain seperti Madden Julian Oscillation (MJO) dan Indian Ocean Dipole (IOD) turut mempengaruhi corak iklim serantau.

Pada masa ini, negara masih berada di penghujung Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan hingga September. Monsun ini membawa angin barat daya yang mengurangkan kelembapan udara, sekali gus mengehadkan pembentukan awan hujan di banyak negeri.

Keadaan ini boleh meningkatkan risiko jerebu jika pembakaran terbuka tidak terkawal, walaupun ribut petir dan angin kencang tetap berpotensi berlaku di beberapa kawasan.

Hujan lebat di utara Sarawak, barat Sabah dan Labuan

Image via NST

Berdasarkan analisis ramalan cuaca terkini, tiupan angin kencang dari arah barat dijangka melanda negara antara 22 hingga 25 September 2025.

Fenomena ini boleh mencetuskan pembentukan garis badai yang membawa hujan lebat berserta angin kencang, terutama di utara Sarawak, barat Sabah dan Labuan.

Sehubungan itu, orang ramai disarankan agar sentiasa mengikuti amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia bagi mengelakkan sebarang risiko yang mungkin timbul.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: