Makanan Malaysia Dinobat Sebagai Hidangan Paling Lazat Di Osaka World Expo 2025

Makanan Malaysia on top!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @tzafrul_aziz (X)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Makanan Malaysia sekali lagi berjaya mencuri perhatian dunia apabila dinobatkan sebagai hidangan paling lazat dalam Osaka World Expo 2025

Ia adalah hasil tinjauan khas yang dijalankan oleh stesen televisyen Jepun, Yomiuri TV pada Khamis lalu.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pengiktirafan ini bukan sekadar kemenangan rasa, tetapi juga bukti bahawa keunikan masakan Malaysia dan layanan mesra rakyatnya sentiasa meninggalkan kesan di hati orang luar.

SAYS.com
Image via @tzafrul_aziz (X)

Ucap tahniah kepada seluruh pasukan yang terlibat

Katanya, pencapaian ini menunjukkan bagaimana budaya makanan kita menjadi sebahagian daripada kekuatan identiti Malaysia di mata dunia.

"Kita selalu kata makanan Malaysia adalah hidangan paling lazat dan pendapat ini dipersetujui oleh pengunjung Expo 2025 Osaka.

"Hidangan di Pavilion Malaysia telah dinobatkan sebagai nombor satu dalam tinjauan khas 'Expo Gourmet' yang dijalankan oleh Yomiuri TV," katanya dalam hantaran di X.

SAYS.com
Image via @tzafrul_aziz (X)
SAYS.com
Image via @tzafrul_aziz (X)

Dalam kategori sama, Australia berjaya meraih tempat kedua, manakala Arab Saudi, Jerman dan Perancis berkongsi kedudukan ketiga.

Tengku Datuk Seri Zafrul turut merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh pasukan yang bertungkus-lumus menjayakan Pavilion Malaysia sepanjang berlangsungnya ekspo berprestij itu. Katanya, usaha mereka telah membuahkan hasil yang membanggakan negara di pentas dunia.

"Pencapaian tersebut amat bermakna kerana tinjauan itu dibuat dalam kalangan pemegang pas musim Expo 2025.

"Jadi mereka ini memang selalu menikmati hidangan di expo tersebut, bukan sekadar pelawat yang datang sekali sahaja," ujarnya.

Tengku Zafrul sempat berkongsi pengalaman peribadi ketika mencuba roti canai di Osaka World Expo 2025. Walaupun dijual pada harga mencecah RM50 sekeping, hidangan ikonik Malaysia itu tetap menjadi rebutan hingga mampu terjual sekitar 1,500 keping setiap hari.

Fenomena ini jelas membuktikan bahawa selera dunia terhadap makanan Malaysia tiada tandingan, walau pada harga premium sekalipun.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: