Makan 3 Kali Sehari Dengan RM5, Pemuda Indonesia Buktikan Di Malaysia Tak Mustahil
Kesederhanaan masih boleh membawa bahagia.
Cover image via @hakimm_60 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau ada kemahuan, semua boleh jadi, begitulah kisah seorang lelaki Indonesia yang berjaya hidup di Kuala Lumpur hanya dengan bajet RM5 sehari
Baru-baru ini, seorang lelaki dikenali sebagai Hakim tular di TikTok selepas berkongsi cara dia menguruskan kewangan untuk terus hidup selesa di Malaysia walaupun dengan perbelanjaan minimum.
Bekerja secara sambilan di ibu kota, Hakim menjelaskan bahawa sebahagian besar pendapatannya dihantar pulang ke Indonesia untuk menyara keluarga.
Disebabkan itu, dia perlu bijak berbelanja dan mengatur setiap sen dengan penuh disiplin.

Pilih untuk memasak di rumah berbanding beli makanan di luar
Berbeza dengan kebanyakan orang yang gemar membeli makanan di luar, Hakim memilih untuk memasak sendiri setiap hari.
Dalam videonya, dia menunjukkan bahan-bahan yang dibeli iaitu segenggam kangkung, seketul tauhu, sedikit bawang dan beberapa biji cili.
Dengan bahan sederhana, dia menyiapkan dua lauk tumis kangkung dan tauhu kicap, lengkap bersama nasi putih.
Walaupun ringkas, ramai pengguna TikTok memuji pilihan makanannya yang tetap berkhasiat dan jauh lebih sihat berbanding makanan segera.
Selain video tersebut, Hakim juga dikenali sebagai vlogger aktif di TikTok. Dia sering berkongsi resepi bajet, aktiviti harian seperti menghadiri kelas Al-Quran, mengemas bilik, serta rutin santainya selepas bekerja.

Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



