Majoriti Keluarkan Wang Akaun Fleksibel Untuk Keperluan Seharian – KWSP
Difahamkan, ramai menggunakan akaun ini untuk wang segera dan kegunaan kehidupan seharian.
Cover image via Harian MetroFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan laporan bertajuk 'Enduring Today Shaping Tomorrow: Akaun Fleksibel sebagai Garis Keselamatan Kewangan untuk Kesejahteraan'
Menurut laporan dari Sinar Harian, penggunaan Akaun Fleksibel kini akan lebih tertumpu kepada kalangan ahli pertengahan usia bekerja, pencarum aktif, kumpulan berpendapatan rendah serta bumiputera.
Akaun Fleksibel kini digunakan ramai orang untuk penggunaan seharian.
Kemudahan Akaun Fleksibel digunakan menghadapi kos sara hidup yang meningkat
Menurut laporan KWSP, pengeluaran selalunya berkait rapat dengan keperluan kewangan segeran dan berfungsi sebagai sokongan untuk menghadapi tekanan kos sara hidup yang kian meningkat.
"Penggunaan untuk keperluan harian, kos kesihatan dan bayaran hutang mencatatkan kadar penggunaan tertinggi merentas semua kumpulan demografi.
"Walaupun keutamaan perbelanjaan asas adalah hampir sama, intensiti dan komposisi pengeluaran berbeza antara kumpulan," menurut laporan itu.
Pengguna yang kerap mengeluarkan wang lebih cenderung untuk menggunakan Akaun Fleksibel bagi menampung perbelanjaan rutin dan bermusim.

Bagi yang jarang mengeluarkan Akaun Fleksibel, mereka menyimpan kemudahan ini untuk keperluan sekali-sekala.
"Ini turut mencerminkan latar belakang sosioekonomi dan peringkat kehidupan. Ahli muda dan berpendapatan rendah lebih bergantung kepada pengeluaran untuk keperluan harian dan kos pengangkutan.
"Ahli lebih berusia dan berpendapatan tinggi pula cenderung mengeluarkan kurang kerap tetapi dalam jumlah lebih besar bagi perbelanjaan," jelas laporan KWSP.
kaun Fleksibel kini dikatakan bukan sahaja mampu untuk keperluan wang tunai, tetapi berpotensi menjadi alat untuk membina ketahanan kewangan jangka panjang.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



