Majlis Perbandaran Ampang Jaya Tawar Ganjaran RM3 Untuk Seekor Sempena Kempen Basmi Tikus

Difahamkan, kaunter tuntutan ganjaran wang tunai dibuka bermula 8 sehingga 25 Julai ini.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melancarkan inisiatif unik dengan menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM3 bagi setiap tikus yang berjaya ditangkap oleh para peniaga

Ia adalah sebagai sebahagian daripada Kempen Basmi Tikus di kawasan Ampang.

Kempen ini dijalankan dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 8, dan memfokuskan kepada kawasan berisiko tinggi seperti Pasar Pekan Ampang dan persekitarannya.

Menurut laporan Harian Metro, insentif tersebut bertujuan menggalakkan penglibatan aktif masyarakat setempat, khususnya peniaga, dalam usaha mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan bebas risiko kesihatan yang berpunca daripada pembiakan tikus.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Usaha untuk menangani masalah kebersihan

Langkah ini juga dilihat sebagai satu bentuk pendekatan komuniti yang inovatif dalam menangani masalah kebersihan bandar secara bersama.

"Ganjaran wang tunai RM3 bagi setiap ekor tikus yang berjaya ditangkap akan diberikan kepada individu yang menangkap tikus di Pasar Pekan Ampang dan kawasan sekitar.

"Selari dengan elemen ketiga dan ke-11 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) iaitu kesihatan yang baik serta bandar dan masyarakat yang mampan, inisiatif ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dan komuniti berkaitan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran supaya bebas daripada pembiakan tikus selain sebagai usaha membendung penyakit bawaan tikus seperti leptospirosis dan sebagainya, "katanya.

Difahamkan, kaunter tuntutan ganjaran wang tunai dibuka bermula 8 sehingga 25 Julai ini pada jam 9.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari di Perkarangan Pasar Pekan Ampang.

"Penyertaan adalah terbuka kepada peniaga di Pasar Pekan Ampang dan sekitarnya, "katanya.

SAYS.com
Image via Majlis Perbandaran Ampang Jaya – Rasmi (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: