Majlis Kahwin Tema Liverpool, Pengantin Wajibkan Tetamu Pakai Jersi Pasukan Kegemaran

Turut dipaparkan adalah hiasan belon bertulis 'You'll Never Walk Alone', yang menjadi slogan kebanggaan Liverpool.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Wolipop
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis perkahwinan biasanya diraikan dalam suasana penuh istimewa dan elegan

Namun, berbeza bagi seorang bapa yang memilih cara luar biasa untuk meraikan hari bahagia anak perempuannya.

Sebagai peminat tegar kelab bola sepak Liverpool F.C., dia menzahirkan kecintaannya terhadap pasukan itu dengan menganjurkan majlis perkahwinan bertemakan bola sepak.

SAYS.com
Image via Wolipop

Ragu pada awalnya, namun terpesona dengan hasilnya

Menerusi laporan Wolipop, Suryo, bapa kepada pengantin perempuan, majlis perkahwinan anaknya bukan sekadar acara penyatuan dua jiwa tetapi juga peluang untuk meraikan kecintaannya terhadap Liverpool F.C. dengan cara yang luar biasa.

Sebagai penyokong setia kelab tersebut, dia memilih konsep unik bertemakan bola sepak yang diberi nama 'Kick-Off Wedding', berlangsung di stadium mini yang dihiasi dengan warna ikonik merah dan putih, simbol kebanggaan The Reds.

SAYS.com
Image via Wolipop

Suasana di lokasi menyerlahkan semangat Anfield daripada hiasan belon bertulis "You'll Never Walk Alone", hinggalah reruai foto khas di depan gawang gol lengkap dengan potret Mohamed Salah.

Tetamu undangan pula tampil berbeza daripada kebiasaan apabila mereka dikehendaki mengenakan jersi bola daripada kelab kegemaran masing-masing, mencipta suasana penuh warna dan semangat di atas padang hijau.

"Wanita kebiasaannya menghabiskan masa dua jam untuk bersiap menghadiri kenduri atau perlu memakai kasut tumit tinggi. Ia sangat tidak menyenangkan. Bagi saya, majlis perkahwinan perlu ceria. Kebetulan, saya peminat setia Liverpool," kata Suryo.

"Anak perempuannya, Auliya Pramesthya, mengakui pada awalnya dia ragu-ragu dengan idea itu, namun akhirnya terpesona dengan hasilnya.

"Namun, ketika majlis, kami berasa gembira dan ceria," katanya.

SAYS.com
Image via Wolipop

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik