Majikan Wajib Bayar Gaji Minimum RM1,700 Mulai 1 Ogos Ini

Ia berkuatkuasa kepada semua majikan di seluruh negara tanpa mengira bilangan pekerja yang digajikan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelaksanaan penuh Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 sebanyak RM1,700 sebulan akan mula dikuatkuasakan pada 1 Ogos ini

Perkara itu akan melibatkan semua majikan di seluruh negara, tanpa mengira jumlah pekerja yang digajikan.

Menerusi kenyataan di Facebook Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memaklumkan, semua majikan perlu menyemak semula struktur gaji syarikat bagi memastikan tiada pekerja menerima gaji pokok di bawah kadar minimum yang ditetapkan.

Menurut beliau, kadar baharu gaji minimum ini sebenarnya telah diumumkan dalam Belanjawan 2025 dan mula dikuatkuasakan pada 1 Februari lalu, namun hanya melibatkan majikan yang menggajikan lima orang pekerja dan ke atas, serta mereka yang menjalankan aktiviti profesional seperti yang diklasifikasikan di bawah 'Malaysia Standard Classification of Occupations' (MASCO) 2020.

"Ini bermakna, bermula 1 Ogos 2025 semua majikan tanpa pengecualian, termasuk mereka yang sebelum ini menikmati tempoh penangguhan perlu mematuhi perintah gaji minimum sebanyak RM1,700 sebulan.

"Ini termasuk untuk pekerja bukan warganegara dan pekerja kontrak perantisan, namun tidak terpakai kepada pekhidmat domestik.

"Semua majikan diwajibkan mematuhi kadar minimum ini bagi memastikan hak pekerja dilindungi selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya menerusi kenyataan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Majikan yang gagal mematuhi boleh disabitkan kesalahan dan dikenakan denda

KESUMA berkata, majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum bukan sekadar cuai, malah boleh dikenakan tindakan undang-undang serius di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).

Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan denda hingga RM10,000 bagi setiap pekerja yang terlibat. Lebih membimbangkan, denda tambahan sebanyak RM1,000 sehari akan dikenakan sekiranya kesalahan itu masih berterusan selepas sabitan.

Bagi kesalahan berulang pula, hukuman boleh meningkat kepada denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

"Selain itu, majikan juga perlu membuat penyesuaian operasi secara progresif dengan memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti dan pelaburan dalam latihan kemahiran pekerja," katanya.

Sementara itu, KESUMA turut menggalakkan majikan untuk memanfaatkan Dasar Gaji Progresif (DGP) yang bersifat sukarela dan bertindak sebagai pelengkap kepada pelaksanaan gaji minimum.

Tambahnya, melalui DGP, majikan berpeluang meningkatkan pendapatan pekerja berdasarkan produktiviti, kemahiran dan sumbangan kerja, sambil menikmati insentif tunai bersasar daripada kerajaan.

"Ini bukan sahaja membantu syarikat mengekalkan pekerja berkemahiran tinggi, malah turut mengukuhkan daya saing jangka panjang dalam pasaran buruh yang semakin mencabar," katanya.

SAYS.com
Image via Kementerian Sumber Manusia (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: