Mahkamah Tinggi Tolak Tuntutan Saman RM1 Juta Terhadap Syarikat Milik Fazura

Peguam Nur Fazura berkata mahkamah menolak penghakiman terus kerana kes memerlukan perbicaraan penuh.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NSTP/Asyraf Hamzah & Kosmo
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan penghakiman terus berjumlah RM1 juta yang difailkan oleh syarikat pengeluar tudung, Obor Holding Sdn. Bhd., terhadap Pink Fate Sdn. Bhd., iaitu syarikat milik selebriti Nur Fazura Sharifuddin

Menerusi laporan Kosmo, keputusan tersebut, yang disampaikan oleh Hakim Shiba Rajah Dorai Rajah semalam, menetapkan bahawa kes berkenaan akan diteruskan ke sesi pembelaan bermerit, sekali gus memerlukan perbicaraan secara lisan untuk menilai fakta serta hujahan daripada kedua-dua pihak.

Permohonan tersebut sebelum ini difailkan di bawah Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi memperoleh penghakiman terus tanpa melalui proses perbicaraan penuh.

Terdahulu, Obor Holding telah memfailkan tuntutan terhadap Pink Fate, Fazfit Sdn. Bhd., serta Nur Fazura berhubung dakwaan liabiliti hutang berjumlah RM4.65 juta pada April 2025.

SAYS.com

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura.

Image via Harian MetroImage via

Mahkamah menolak permohonan penghakiman terus dan memerlukan kes dibawa ke perbicaraan penuh

Bagaimanapun, permohonan penghakiman terus tidak difailkan terhadap Fazfit dan Nur Fazura.

Menurut Fakhrul Azman Abu Hassan, peguam yang mewakili Nur Fazura, mahkamah menolak permohonan penghakiman terus atas alasan kes ini memerlukan perbicaraan penuh.

SAYS.com

Obor Holding Sdn. Bhd.

Image via Kosmo

"Selepas diteliti, mahkamah menolak permohonan pihak defendan untuk penghakiman terus dan akan diteruskan dengan pembelaan bermerit secara lisan.

"Mahkamah berpandangan bahawa kes ini bukan kes mudah (straightforward) yang jelas menunjukkan kewujudan hutang seperti didakwa plaintif.

"Sebaliknya, terdapat isu-isu fakta dan undang-undang yang memerlukan perbicaraan penuh.

"Mahkamah perlu perhalusi setiap butiran sebelum membuat keputusan sebab itu kes ini perlu dibicarakan dengan keterangan secara lisan," katanya.

Fakhrul turut menambah bahawa pihaknya masih menunggu pengumuman tarikh rasmi bagi sesi perbicaraan penuh.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: