Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan, Da’i Syed Dipenjara Serta-Merta Bagi Kes Rogol

Da'i Syed didakwa merogol mangsa di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 Shah Alam pada 11 September 2019.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pendakwah selebriti, Da'i Syed, diperintah menjalani hukuman penjara serta-merta selepas Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun termasuk tiga sebatan terhadapnya atas kesalahan merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, Hakim Adlin Abdul Majid membuat keputusan tersebut selepas menolak rayuan tertuduh, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, bagi mengetepikan sabitan serta memohon penangguhan hukuman.

Menurut hakim, pembelaan tertuduh hanyalah berbentuk penafian semata-mata dan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Ia merupakan kesalahan serius dan sabitan serta hukuman yang dijatuhkan sebelum ini adalah selamat. Tiada alasan khas untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman, justeru hukuman penjara bermula hari ini," katanya.

Terdahulu, pada 30 Ogos 2024, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap Syed Shah Iqmal selepas didapati bersalah merogol seorang wanita

SAYS.com
Image via Berita HarianImage via

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 23 tahun di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 Shah Alam pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen sebelum ini telah melepas dan membebaskan tertuduh selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Namun, Mahkamah Tinggi kemudiannya membenarkan rayuan pendakwaan dan mengarahkan tertuduh membela diri sebelum sabitan dan hukuman dijatuhkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik